Isnin, 8 Oktober 2012

Kerjasama Pas dan DAP bercanggah kehendak Islam





GEORGETOWN 8 Okt. - Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.
Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata, adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah S.A.W ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.
DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan Pas.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20121008/po_08/Kerjasama-Pas-dan-DAP-bercanggah-kehendak-Islam#ixzz28inFeGK1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 ulasan:

  1. Islam di Malaysia ini pelik sikit.
    Islam ala PAS.
    Islam ala UMNO
    Islam ala PKR.

    Bukan Islam ikut Quran dan Hadis.

    Yg rugi umat Islam.

    BalasPadam
  2. DULU DIA TULIS BUKU SHIT...LA NI DIA NAK TULIS APA PULA..MUNGKIN DAH TAK MAMPU NAK BUAT BUKU..ORANG DAH BOLEH BACA KEPALA OTAK SHIT

    BalasPadam
  3. Orang Kedah kata.....
    Biar jalan rosak.....Aqidah jangan rosak
    Biar Melayu hancur, punah....Islam jangan hancur/punah
    Biar miskin harta...jangan miskin taqwa.....
    PRU Ke-13....PAS terus menang dan terus perintah Kedah....

    BalasPadam
  4. hangpa dok kira PAs dgn DAP.
    yg dalam umno padang serai jadi haru biru macam tongkang pecah
    dengar kata semalam 7.10.12 yg tiga pgogram
    peneranagn buat ceramah diguar lobak
    pemuda makan-makan dgn mukrij.
    su buat kat sg kob.
    betoi ke ni.
    awat jadi lagu tu..

    BalasPadam
  5. Takkan Nik Aziz dan Ulama dalam PAS jahil mengenai hukum hakam Islam kot...sebab dia alim pasai bab hukumm hakam dalam islam...makanya Nik aziz dan ulama PAS berana buat keputusan bersama dengan DAP.....

    BalasPadam
  6. Itulah strategi PAS demi nak kuasa dan menang pilihanraya.PAS sanggup gadai Islam dan hala tuju asal parti.
    UMNO buat apa ?.
    Masih tak sedar diri .Ingat UMNO itu kuat sangat.

    UMNO tak ada strategi.Masih guna strategi lapuk dan usang.

    Tak tak sesuai lagi dengan cara lama dgn kerja bagi hamper dan dok kerja bodek ketua cawangan sahaja.

    Sudahlah kerja buang masa itu.

    PAS/PKR agresif.Media yg tuduh mereka bergaduh.Sebenarnya mereka tak mudah latah dengan jolokan media .

    Yang mesih bertokak ini sesama UMNO.

    Pemimpin UMNO masih belum sedar diri lagi.
    Masih kejar kebendaan,pangkat dan RM.
    Lagak dan ego belumn reda dikalangan pemimpin UMNO.

    Entahlah bila agaknya nak sedar diri dari perangai yg boleh memusnahkan UMNO.

    PAS akan buat apa saja demi kemaruk kuasa.
    Mereka sedang mabuk kuasa.

    Pemimpin UMNO masih relek.Tak serious.

    BalasPadam
  7. ada tanda-tanda akan berlaku sabotaj calon dari kalangan yang pro mantan ketua UMNO Bhg kaki anal ugut nak lalukan sabotaj kalau cekgu madi tak dipilih sebagai calon...orang@ individu sama yang pernah lakukan sabotaj semasa PRU 2008 lalu yang menyebabkan caalon BN Merbau Pulas kalah teruk. UMNO sebenarnya kaya dengan strategi untuk lawan sesama sendiri...tengoklah semasa ceramah di Guar Lobak...Pemuda pun buat aktiviti, SU Bhg pun buat aktiviti hari yang sama masa yang sama...apa kejadah ni...nampak sangat tak ngam sesama sendiri....apakah UMNO ingat pengundi buta, pekak..UMNO hanya hebat nak lawan sesama UMNO...juara kampunglah katakan....dalam UMNO juga ada penyangak PAS dan PKR yang di bawa oleh beribesaq satu ketika dulu yang kekal hingga kehari ini....

    BalasPadam
  8. pas nak pekena dap.yang dap pula nak pekena pas.pak lebai pas bukan sedar diri lagi.
    amboi dulu-dulu haram berkawan dgn kapiak.hari ini nik aziz kata dap bagus pula.

    pas lupa dap tu anti melayu dan anti islam.
    terang-terang tolak negara islam.

    pas pula tipu ahli dia.

    BalasPadam
  9. beribesaq;

    cerita lama jgnlah diungkit lagi.
    buatlah contoh dan tauladan.
    yg derhaka pada umno/bn telah pun terima hukuman didunia lagi.
    cuma ada manusia yg tak ada rasa malu.

    lain kali berhati dan cermatlah nak pilih ketua.
    jgn pilih kerana hulok RM.

    Ketua cawangan pula sama-sama peyumbang pada musnahnya umno.
    ada yg nampak RM saja.
    ada juga ajk bhg yg kira rm

    ahli umno pdg serai yg rosakkkan umno pdg serai.

    nak pilih pemimpin tengoklah sama dari akhlak,iman,imej.

    ada yg masjid/surau tak pi pun ada.

    layak kah jadi pemimpin.

    pas pkr tak kuat.
    memang betoi kalau depa harap pada dap kerana undi.

    pas/pkr nak menang .depa kira undi.

    umno pgd serai tak mau menang .
    sebab itu depa bertokak sama sendiri.

    buat kerja pun bukan untuk kuat umno.
    buat untuk diri sendiri.
    kononnya nak jadi calon.

    menang belum tentu.

    semua yg ada kini dlm barisan umno tak boleh diharap langsung.

    pas tak kuat
    pkr pun tak kuat.
    yg kuat dap.

    sebab itu pas sayang pada dap.

    umno bukan sayang pada orang lain
    sayang depa pada kumpulan depa saja..

    wanita serupa
    pemuda serupa
    puteri pun serupa
    bhg pun lagi serupa

    pas sayang dap kerana ada harapan depa boleh menang.

    umno kenalah cari calon yg terpuji dan berkualiti sikit.

    bukan salah orang lain.
    akhlak kena tengok dulu.

    pas pkr pun terok juga.
    umnopaspkr sama terok.

    BalasPadam
  10. Thank You Melayu Lunas....
    Macama mana dengan akhlak Cekgu Madi...ulaslah sikit..kalu oK katakanlah OK...kalu tak katakanlah tak....senang kita berbicara secara nyata....orang yang buat sabotaj tu masih bebas dan rancang nak sabotaj lagi dalam PRU akan datang....

    BalasPadam
  11. Saya nak jawab apa yang dikatakan olewh Beri Besaq.
    Sebenaqnya program di Taman Mutiara bukan dibuat oleh SU. Tetapi dibuat oleh Pemuda Taman Mutiara bersama pejabat Belia Kulim.Program tersebut dirancang sebulan lebih awal sebelum cadangan bahagian nak buat ceramah atau program dengan dato Mukriz . Bukan kerana sabotaj. Tetapi kerana kebetulan tarikhnya sama. Lagi pun apa masalahnya kalau dalam masa yang sama banyak program.Penerangan pernah buat ceramah banyak tempat dalam masa yang sama atas arahan penerangan negeri. Sebenaqnya tuduhan dan persepsi negatif itulah yang melemahkan umno. Beri Besaq kena berfikiran positif.

    BalasPadam
  12. beribesaq;

    secara borongnya semua mereka itu termasuk madi.
    2x5=5x2 sahaja.
    pas/pkr dan pembangkang mengalu-alukan mereka sebagai calon bn.
    jadi ulam mereka saja.

    BalasPadam
  13. HUDUD dan Negara Islam.......Nik Aziz....Ulama PAS...blogger PAS kata, "Tak apo, itu pendirian DAP, DAP tak fahe Isle".....Mat pula kata " Pakatan Rakyat dan orang bukan Islam bebas nyatakan pendapat mereka mengenai Isle serta Hudud"
    Tapi bila MCA pertikai Hudud PAS...bantah Hudud PAS...UMNO Kapir...UMNO tentang Islam....UMNO tolak Hudud.....?????

    BalasPadam
  14. he he he.
    baru ni saya pergi juga dengar ceramah politik pas/pkr.
    alamak depa banyak cerita hohong.
    banyak auta tak ada fakta.
    dok asyik puji lim guan eng saja.
    ostat azizan mb kedah langsung depa tak sebut.

    pas yg tolak hudud.cakap saja tak buat.

    pas mohong.depa tipu orang kg..
    pas pun makan komisen.gagau rata dengar cerita.

    umno pdg serai jawaplah.jgn dok kerja bagi hamper saja.

    umno pdg serai dok harap penceramah luar saja.
    mana pergi pemimpin tempatan.

    BalasPadam

b