Sabtu, 28 Januari 2012

BOWLING KAMPONG









MALAM ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Jumaat,27 Januari. JKKKP Kg Syed Sheh telah menganjurkan Malam Anugerah Pelajar Cemerlang. Majlis Perasmian telah disempurnakan ole Tuan Haji Abu Bakar Ali , Pegawai Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu. Turut serta Encik Abd Halim Hassan , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai.










Jumaat, 27 Januari 2012

Lebih 200 ahli Pas Teloi Timur mohon sertai UMNO

27/01/2012 7:15pm

SIK 27 Jan. - Rasa tertipu dengan slogan yang gagal dilaksanakan oleh Pas, dua pemimpin parti itu di Teloi Timur di sini bertindak meninggalkan Pas dan hari ini memohon menjadi ahli UMNO.

Bagi mereka perjuangan Pas kini sudah terpesong daripada matlamat asal parti itu yang diasaskan untuk menegakkan perjuangan Islam tetapi parti itu kini menjadi kuda tunggangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Shahril Yahya, 45, bekas Ketua Penerangan, dan Roshdi Sobri, 35; bekas Setiausaha PAS Teloi Timur dan Majlis Ketua Kampung (MKK), bertindak meninggalkan perjuangan Pas bersama lebih 200 bekas ahli Pas dan penyokong parti itu yang mereka dakwa sudah terpesong.

Shahril berkata, dia kecewa dan kesal kerana Pas tidak melakukan sesuatu seperti yang mereka nyatakan dalam manifesto Pas dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

"Hingga kini Pas terutama di Kedah gagal melunaskan janji mereka kepada rakyat dan gagal sama sekali mengotakan kata-kata dan melaksanakan perjuangan Pas yang dilabelkan sebagai parti Islam,” katanya. - BERNAMA

Khamis, 26 Januari 2012

Media Kedah: Video Panas!!!! Pemuda Mengamuk bencikan PAS di Ke...

Media Kedah: Video Panas!!!! Pemuda Mengamuk bencikan PAS di Ke...: Kejadian ini berlaku di satu kawasan Dun Kupang,Baling apabila Tugu lambang PAS cap tayar trektor di hancurkan pemuda-pemuda kampung ...

Rabu, 25 Januari 2012

BACA JANGAN TAK BACA

RAKYAT KEDAH..!!! HANGPA TAU TAK KULIM HI-TECH PARK DAH NAK MAMPOSSSS..???



Apa dah jadi dengan KHTP? Sejak PAS lantik Hj Sobri dan singkirkan Datuk Syukri, KHTP makin terbiar merudum teruk dan hampir menyembah bumi!

Paling teruk, dikhabarkan ribuan staf bekerja dalam keadaan takut dan ramai yang dah dibuang kerja..!!!

Aku dengar, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dah tinggal nyawa-nyawa ikan! Dah makin teruk selepas diambil alih oleh puak-puak lantikan PAS..!!!

Banyak investor lari. Pekerja-pekerja dipecat tanpa rasa peri kemanusiaan. Sapa sokong UMNO, mesti kena buang punya. Silap sikit, terus buang tanpa usul periksa...

Semua tu akan aku dedahkan bila selesai kajian aku. Satu persatu aku akan dedahkan diblog ni...korang tunggu je la...ada ada sumber yang reliable dan berfakta...

Semuanya bermula esok...!!! Tunggu..!!!
sumber

Hari ini sambung lagi cerita pasai KHTP , kena baca disini

Ahad, 22 Januari 2012

NAK KATA APA LAGI

Pas tidak maksum, tetap lakukan kesalah.. Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebalinya ia hanyalah parti yang tidak dapat lari dari kesalahan..

Sesetengah pihak taksub didalam PAS sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia..Datuk Dr Hassan Ali, Bekas Naib Presiden PAS.

Jumaat, 20 Januari 2012

BICARA POLITIK SEMASA





UMNO KELANGLAMA BERSAMA PERKASA DAERAH KULIM AKAN MENGANJURKAN BICARA POLITIK SEMASA

PADA SABTU 21 JANUARI 2012
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN RUMAH CIKGU HAMID OTHMAN
KG. SYED SHEH , KILANG LAMA, KULIM

TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR

PENCERAMAH : TUAN HAJI ROSLAN BIN KASSIM
KETUA PENERANGAN PERKASA

Selasa, 10 Januari 2012

ANWAR SOKONG HASSAN ALI DIPECAT





KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar menyokong tindakan Pas Pusat memecat Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuat kuasa serta- merta semalam.

Sokongan itu disuarakan Anwar sewaktu sesi ceramahnya sempena Gerakan Bebas Anwar 901 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang dihadiri kira-kira 5,000 ribu hadirin, malam tadi.

"Eloklah Hasan dipecat. Dasar Pakatan Rakyat (PR) bukanlah perkauman tetapi mengangkat semua kaum," katanya.

Nota : Mohon komen dari pembaca

Ahad, 8 Januari 2012

DATUK DR HASSAN MOHD ALI DAH KENA PECAT


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali hari ini dipecat keahliannya sebagai ahli Pas.

Keputusan itu difahamkan telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.

Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan Harakahdaily, keputusan tersebut dibuat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa Pas Pusat dan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas. - UTUSAN

BILA PROF EMERITUS DATUK DR SHAHNON AHMAD BERSUARA







GEORGETOWN: Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama PAS dengan DAP dalam gabungan pembangkang bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW.
Beliau yang juga Sasterawan Negara, berkata Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.
Justeru, ahli PAS seumur hidup itu menolak kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW.

“Dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Shahnon adalah bekas Ahli Parlimen Sik dari 1999 hingga 2004 dan bersara daripada politik kerana masalah kesihatan selain ingin menumpukan perhatian terhadap dunia kesusasteraan.

Beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara kedua pada 1982 dan menghasilkan pelbagai karya satira seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan novel kontroversi bertajuk Shit pada 1999.
Dalam perkembangan sama, Shahnon turut membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana hendak menjaga hubungan dengan DAP.

Katanya, hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS.

“Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional PAS ini. Apa disiplin ilmu individu yang mendakwa mereka adalah pemimpin profesional PAS ini?

“Kesimpulannya adalah PAS sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya selain konsep kerjasama pemimpin PAS dengan DAP,” katanya.SUMBER

Selasa, 3 Januari 2012

LAGI BANTAH BEBAS ANWAR 901






03/01/2012 12:39pm

KULIM 3 Jan. - Barisan Nasional (BN) Bahagian Padang Serai dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, membuat laporan polis bagi membantah kumpulan yang cuba mencetuskan perhimpunan haram, Kempen Bebaskan Anwar 901.

Kumpulan lebih 100 orang itu turut berhimpun secara aman bagi memohon Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat dan bertindak mengekang perhimpunan itu.

Dengan diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Asmadi Abdul Mutalib bersama pemimpin–pemimpin NGO, mereka membuat laporan di Balai Polis Kulim di sini petang semalam. - BERNAMA

Ahad, 1 Januari 2012

Perhimpunan 901: PERKASA Kulim buat laporan polis




2012/1/1 KULIM: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Cawangan Kulim hari ini membuat laporan polis membantah keras tindakan pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan haram "Kempen Bebaskan Anwar 901" di ibu negara pada 9 Januari ini.

Laporan itu dibuat oleh Pengerusinya, Abdul Hamid Osman, di Balai Polis Kulim di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Abdul Hamid yang juga bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat(PKR) Padang Serai berkata perhimpunan itu dibimbangi akan mencetuskan pertumpahan darah dan menjejaskan kestabilan keselamatan negara. - BERNAMA

HEBAT...PU3 KBB WUJUD KLINIK BERGERAK

Klinik kesihatan bergerak Puteri UMNO Kulim/Bandar Baharu

01/01/2012 2:18pm

BANDAR BAHARU 1 Jan. - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu mewujudkan klinik kesihatan bergerak yang akan ke kawasan luar bandar mulai tahun ini.

Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Datin Norsabrina Mohd. Noor berkata, mereka akan menggunakan sebuah kenderaan serbaguna Proton Ixora sumbangan Puteri UMNO Pusat.

Dengan kemudahan itu, pihaknya akan sekerap mungkin melawat kawasan luar bandar menemui penduduk yang memerlukan rawatan kesihatan, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Klinik Kesihatan yang diadakan sempena Karnival Koperasi dan Pertandingan Pesta Air Sungai Kerian (PASAK) di Dataran Bandar Baharu di sini.

Katanya, pergerakan itu berharap program klinik kesihatan bergerak itu akan dapat sekurang-kurang memberi khidmat perubatan percuma dengan lebih berkesan kepada masyarakat luar bandar selaras dengan hasrat kerajaan. - BERNAMA