Sabtu, 10 Disember 2011

BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA MULA DIEDAR










Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM500 mula diedar di pusat -pusat yang disediakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri hari ini.Bagi Daerah Kulim/ Bandar Baharu pusat pengumpulan borang di adakan di Pejabat Perpaduan Daerah Kulim. Waktu beroperasi mulai jam 9 hingga 5 petang.

Borang ini juga boleh diperolehi dari kesemua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong JKKKP dalam Bahagian Padang Serai di tempat masing-masing.

Manakala Pejabat Penyelaras Parlimen Kulim/ Bandar Baharu telah membuka 35 kaunter khas bagi tujuan pengedaran borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M)berjumlah RM 500 mulai hari ini sehingga 15 Disember 2011. Seramai 50 sukarelawan ditugaskan untuk membantu pengedaran borang tersebut.

9 ulasan:

  1. Tuan Punya Blog.

    Terima kasih kerana menyiarkan coretan saya untuk renungan bersama.
    Kemarin , Khutbah Jumaat di Masjid Sungai Kob, ada seorang ustaz yang mengajar disebuah sekolah di Sg kob menghentam Kerajaan BN kerana bagi RM 100 bantuan persekolahan kepada ibubapa. Dia kata kerajaan la ni sekular.

    Cuma satu aje lah. tak da ke bantahan dari penduduk sekitar sg kob, tak berani bantah ke khutbah camtu...

    La tengah dok edar borang bantuan RM500 ( lagi banyak nilainya) camne pula..tunggu khutbah Jumaat akan datang..

    Apa pun orang kuat umno ada disana.. patut ambik ikhtibar

    BalasPadam
  2. Eh eh eh.tok imam dia buat apa.Maknanya Pak Lebai PAS dah mola kecut telok takut hilang undi.

    PAS ni kalau benggali DAP bagi bantuan depa kat ok lah.

    PAS dah mola ketak lutut.Pak Lebai PAS dah nak lutuh serban.

    BalasPadam
  3. sempat ke kita yang hantar borang BR1M menerima RM500.00 tahun depan sekiranya PRU ke-13 diadakan pada Mac 2012, BN kalah dalam PRU tersebut...
    Adakah PR yang jadi kerajaan membatalkannya..Tapi mungki juga kerajaan PR menaikan kadar bayaran ke RM1 ribu sekeluarga......kah....kah....kah....kah....

    BalasPadam
  4. kalau betoi ketua cawangan sg kob/bukit payung/kg baru sg kob/padang limau/padang limau jaya/banggol pengenyat dok buat apa.Buat laporan polis lah segera diatas fitnah penyampai khutbah tu.

    Sesama ahli UMNO hangpa berani sangat macam singa lapar.Kalau dengan parti lawan hangpa jadi pondan tua.

    Tak kan isu ini hangpa nak suroh Datok Najib mai selesai.Ahli UMNO apa nak jadi.Kalau asa hulok baru hangpa nak pulun.Bila parti umno kena gasak hangpa diam.Hangpa tau salah orang lain saja.

    AJK Bahagian/Pemuda/Wanita/Puteri pun ada disekitar sg kob.Apa depa buat.Pemimpin apa jenis ini.Sebab itu umno lemah kerana pemimpinnya macam pisang rebus.Jangan biar bagi PAS dok maki UMNO.

    Sedih dan geram bila UMNO/BN di fitnah macam itu.

    BalasPadam
  5. Dengaq kata LHDN tak mau pakai borang fotokopi...LHDN nak borang ori..betoi ka...sapa-sapa ada maklumat terkini tolong berikan penjelasan, takut ada nak sabotaj.....teruk BN nanti...

    BalasPadam
  6. ni nak habaj kat hangpa semua.khutbah kat masjid padang serai pun depa hantam bn pasai rm500,oo.puak pas dah kalut.depa mati akai.rakyat dah tolak pas.

    BalasPadam
  7. Aku pun ada dengar juga fasal Masjid Padang Serai yang hijau pekat selalu menghantam kerajaan dan UMNO .Awat di Pekan Padang Serai tak ada cawangan UMNO ke.Kenapa mereka tak buat sesuatu.Sepatutnya ketua cawangan dan AJKnya ambil lah tindakan jangan biar bagi maruah UMNO dan kerajaan BN dihantam begitu rupa.

    Atau pun mereka ini buat tak tahu sahaja.Apakah UMNO Padang Serai penakut dan pengecut.Siasatlah dan ambil tindakan.

    BalasPadam
  8. Masjid Jamek An-Najah Padang Serai memang lubuk PAS sejak tahun 1986 lagi...tempat lahirnya perkaderan wira-wira PAS...setiap ustaz yang hendak berjuang dalam PAS terlebih dahulu melalui masjid Pdg Serai...Masjid Jamek An-Najah Pdg Serai bayangan Masjid Rusila Di Terengganu..
    Masjid Jamek An-Najah di penuhi dengan aktiviti keagamaan mengikut prinsip PAS.......yang merupakan medan untuk PAS meneruskan agenda mereka menyerang BN/UMNO.....

    BalasPadam
  9. xde yang berani masuk, coz semuanya dah siap dalil al quran dan hadith, masuk buat malu jer...siyes lah, bpe owg dah pemimpin umno msuk dduk diam jer..stkat buat laporan...media pun x berani...x caya pegi sendiri lah...AKU BERANI JAMIN

    BalasPadam

b