Jumaat, 30 Disember 2011

Nak solat Hajat selamatkan Madrasah Salihiah pun dibuat laporan polis Pemuda PAS !!






Himpunan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menentang apatah lagi membantah keputusan Majlsi Fatwa Kedah tetapi berusaha sedaya upaya memohon agar kerajaan Pas Kedah memikirkan kembali keputusan yang telah dibuat.

Majoriti umat Islam Kedah percaya bahawa keputusan merobohkan madrasah tersebut masih boleh diubah, jika Kerajaan Pas Kedah bersedia bertolak-ansur dan lembut hati.

Oleh kerana segala permintaan, rayuan dan desakan mereka seolah-olah tidak mahu didengari dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, maka umat Islam yang menyokong madrasah berkenaan terus wujud tiada pilihan lain.

Sebab itulah mereka mengadakan himpunan esok dan seterusnya diikuti oleh solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar madrasah berkenaan diselamatkan daripada sebarang tindakan atas nama pembangunan.

Seterusnya klik sini

8 ulasan:

  1. malam esok KERAjaan PAS akan menganjurkan program ambang sejahtera 2012 di Dataran Putra, Taman Selasih. Nampak gayanya PAS lebih penting kepada himpunan menjurus kepada keseronokan berbanding UMNO dan Jawatan kuasa Madrasah Salihiah, Kancut yang akan mengadakan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi agar Madrasah ini tidak dirobohkan. Astaghfirullah...

    BalasPadam
  2. Pak lebai PAS pun dah pandai main dgn persen kalau dgn projek.

    Pak Lebai PAS pun laju juga.

    he he he he he.

    BalasPadam
  3. apa jadi dengan khutbah jumaat dimasjid taman selasih.masjid padang serai.masjid kelang lama,masjid sungai ulak.Awat pak lebai PAS yg kata Islam kuat tak ada pun khutbah maki pasai nak roboh surau ini.Kalau kerajaan islam PAS boleh roboh.Cuba kalau UMNO dia dah maki siang malam.Barangkali projek ini PAS dgn DAP kongsi bersama.

    Undi PAS depa roboh surau.Undi BN depa buat surau.

    BalasPadam
  4. aku baru balik dari Dataran Putra dekat taman selasih, ramai hadir ke program ambang sejahtera. Ada pertunjukan pentas hiburan, silap mata dan kemuncak tembakan bunga api..

    JK Madrasah Salihiah dok buat solat hajat mohon ke hadrat Allah SWT untuk selamatkanMadrasah ini, tapi puak PAS dok berhibur malam tahun baru.kah..kah

    BalasPadam
  5. Gawang pintu gol PAS terbuka luas.Mana penyerang UMNO untuk buat jaringan.

    Ternyata UMNO Padang Serai kemarau penyerang gol disaat banyak isu negatif PAS.

    Relevan lagikah majlis penyampaian elaun JKKKP.Ada JKKP yang serang gol sendiri pun ada masa lalu.

    PAS banyak buat penipuan dan kemungkaran.UMNO Padang Serai kena buat serangan.Pondankah pemimpin UMNO Padang Serai.

    Rakyat dah muak dengan program bagi elaun pada JKKKP.Bukan semua bekerja untuk rakyat.
    Tahun 2012 tahun yang amat panas.Jangan ada pemimpin UMNO cari bilik aircond kerana tak tahan sejuk.

    PAS gadai Islam dan Melayu.

    BalasPadam
  6. aku amat harap penegrusi JKKKK umno ni rajin-rajin lah berjemaah kat surau atau masjid.
    barulah hebat sikit nak lawan dgn PAS kes surau ini,

    PAS ialah parti anti surau.

    BalasPadam
  7. Kes Madrasah Salihiah menyebabkan Ostaz Azizan masuk KMC, dengar khabar matanya dah kabur, tak nampak...sayang sekali dia tak sempat nak tangok macamana Madrasah ini rebah ke bumi yang kukuh hampir 100 tahun roboh di depan matanya..

    Kejayaan bersejarah sambut tahun baru 2012

    BalasPadam
  8. Itulah hadiah Ostat Azizan MB Kedah pada pengundi /rakyat Kedah dengan bakal robohnya sebuah surau di Aloq Setaq.Hadiah tahun baru 2012.

    BalasPadam

b