Isnin, 4 Januari 2010

ISU KALIMAH ALLAH

Salam Sejahtera..
Suasana sambutan tahun baru kali ini agak muram dengan kehadiran isu yang amat sensitif bilaman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja khatolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Perkataan Allah hanya ekslusif bagi agama Islam.
Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama umat Islam di negara ini. inilah padahnya apabila ada pihak yang memberi ruang kepada orang lain untuk menjayakan perjuangan politik tanpa memperdulikan kesucian agama yang boleh diperlekehkan oleh kaum lain. Seharusnya semua pihak , khususnya ahli-ahli politik mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Pada masa yang sama , Pelbagai pertubuhan NGO telah menyuarakan bantahan terhadap isu ini. Rata-rata melahirkan kekecewaan serta amat marah dengan keadaan ini. Apa yang pasti sehingga kini belum ada perhimpunan / bantahan yang dibuat disekitar Kulim/ Padang Serai. Penulis ingin melihat kebangkitan bagi menunjukan kekuatan agama dan bangsa kita. Apapun kita menaruh keyakinan dan kemampuan kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan perkara ini.

3 ulasan:

  1. Salam.
    Kenapa tidak.
    Orang Melayu-Islam yang telah dihina dan dicabar
    wajar berbuat sesuatu dalam masa terdekat.

    Ketepikan sekejap fahaman politik masing-masing dan bertindak sebagai satu bangsa beragama Islam.

    Saya ingin menyeru agar saudara-saudara hadir di dalam program seperti di bawah.


    PERHIMPUNAN UMMAT MELAYU-ISLAM SELURUH KEDAH
    (LUPAKAN FAHAMAN POLITIK SEKEJAP)

    TARIKH: 08 JANUARI, 2010
    HARI: JUMAAT
    JAM: 2.30 PETANG (lepas solat Jumaat)
    TEMPAT: DATARAN SG.PETANI (N/T Jam Besar)

    SILA HADIR BERAMAI-RAMAI

    BalasPadam
  2. Salam Hamdan.

    Tahniah dan terima kasih kerana menganjurkan perhimpunan umat Melayu untuk membantah penggunaan perkataan Allah oleh akhbar mingguan gereja katolik. berharap penganjuran ini mendapat sokongan semua pihak yang mengenepikan ideologi politik untuk mempertahankan kesucian agama yang mulia ini.

    Wahai bangku... bangkitlah untuk menterjemahkan bantahan yang mencemarkan kesucian agama Islam .

    Semoga perhimpunan ini beroleh kejayaan. Insya Allah.

    BalasPadam
  3. Seperti yang sebut-sebutkan baru-baru ini, berikut ialah sedikit maklumat tentang Perkasa Daerah Kulim, yang diharapkan dengan kewujudan akan mampu "menyatupadukan" kita sesama Melayu-Islam, demi kepentingan Negara dan Rakyat Malaysia tercinta umumnya:

    Sebuah Jawatankuasa Penaja PERKASA DAERAH KULIM telah ditubuhkan pada hari SABTU, 09.01.2010.
    Seramai kira-kira 25 orang yang yang terdiri pesara guru Melayu-Islam, pemimpin masyarakat dan ahli-ahli badan politik telah hadir di dalam mesyuarat yang diadakan di Kelang Lama, Kulim.
    Diyakini selepas ini akan tampil lebih ramai orang-orang Melayu-Islam menyertai pertubuhan yang menitik berat dan menumpukan kepedulian terhadap orang Melayu-Islam terbanyak.

    Buat sementara waktu Pejabat PERKASA Daerah Kulim, terletak di No. 71, Jalan Putra C, Pusat Perniagaan Putra, Jalan Pecah Batu, Kelang Lama, Kulim, Kedah. (Bersetentangan dengan Pasar Raya Carnival/Pejabat PAS.)

    JAWATANKUASA Penaja PERKASA Daerah Kulim:
    1.Pengerusi: Sdr. Hamid Othman (019-4166848)
    2.Timbalan Pengerusi: Sdr. Abu Bakar Shafie
    (012-5670224)
    3.Setiausaha: Sdr. Mustaffa Mohd Noor (013-4380784)
    4.Bendahari: Sdr. Wan Mohd Suid Md.Nor
    (012-4238150)
    5.Ketua Wira: Sdr. Fauzi Abd. Rahman (013-4805985)
    6.Ketua Wiranita: Sdr. Nur Sharah Fadhlina (012-5870482)
    7.Ketua Wirawati: Sdr. Noor Akidah M.Mustafa (019-2480616)

    Saudara/Saudari yang berminat untuk menyertai PERKASA Daerah Kulim, sila hubungi mereka (di atas) atau datang sendiri di alamat seperti yang tersebut di atas.
    Terima kasih

    BalasPadam

b