Isnin, 11 Januari 2010

PENUBUHAN PERKASA DAERAH KULIM

TAHNIAH.
PERKASA - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia telah berjaya ditubuhkan pada Hari Sabtu 9 Januari 2009 di Daerah Kulim,kedah.

Tujuan dan Matlamat PERKASA
(a) Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan (b) Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (c) Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja (d) Mempertahankan Hak -Hak Orang Melayu (e) Memperkasakan Kaum Pribumi (f) Menyatukan Kaum Pribumi dan Perpaduan Rakyat Malaysia (g) Mempertahankan Kedaulatan Negara.


Sebuah Jawatankuasa Penaja telah dibentuk terdiri Pengerusi Sdr Hamid bin Othman , Timbalan Pengerusi Sdr Abu Bakar Shafie Setiausaha Sdr Mustaffa bin Mohd Noor, Bendahari Sdr Wan Suib bin Mohd Nor

Dengan tertubuhnya PERKASA di Daerah Kulim, maka diyakini akan lebih ramai yang akan tampil menyertai pertubuhan ini bagi memperjuangkan agenda untuk Bangsa Melayu dan Kesucian Agama Islam serta Kedaulatan negara yang tercinta ini Buat sementara waktu, Pejabat PERKASA Daerah Kulim beroperasi di No.71 Jalan Putra C, Pusat Perniagaan Putra, Kelang Lama, Kulim, Kedah. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai PERKASA Daerah Kulim, sila hubungi Sdr Hamid Othman 019-4166848.

6 ulasan:

  1. Tahniah PERKASA .

    Cuma nak tanya sikit, tak ajak leh songkok sama ke, tak dak pun gambar dia, Timbalan Ketua UMNO ada.

    BalasPadam
  2. Aku pun ucap tahniah, harap-harap pertubuhan ini betui-betui bebas nak berjuang untuk orang Melayu, semua JK kena buat kerja jangan seronok nak pegang jawatan tapi tak buat apa.

    BalasPadam
  3. Tahniah di atas penubuhan PERKASA.
    Saya doakan semoga perkasa betul-betul PERKASA.
    Bebaskan perkasa dari politik.Jika ada politik dalam perkasa,orang macam cikgu Pa,cikgu Non akan jauh dari perkasa. Cuma satu saja yang tak sedapnya.Ketua wira muda (pemuda) tu tak dak orang lain ka. Ambik la yang sempurna sikit.Apapun aku ucap tahniah kat cikgu Mid.

    BalasPadam
  4. Dengar cerita kat kedai mamu.geng2 Halim bas merangkap Tim Ketua Bahagia pun pi!! hai nak ator supaya pekasa kan kedudukkan dia ka untuk bertarung dengan ketua bahagian.Mana panglima juai parti PKR tak ikut serta ka.harapumno padang serai berhati dengan yeh black dia tu gila jawatan pelingkup bangsa.

    BalasPadam
  5. Melalui pertubuhan macam nie le, orang Melayu kena bersatu, bukan dok asyik bergaduh. Kepada pemimpin umno, kena le bagi sokongan untuk bersama berjuang untuk agama dan bangsa Melayu.

    BalasPadam
  6. Mailah kita ramai-ramai menyertai NGO yang berjuang semata-mata demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu.

    Mai kita tinggai sat keghairahan politik berparti dan tumpukan kepada "hidup mati agama dan bangsa" yang kian tercabar ini.

    Selamat berjuang.

    BalasPadam

b