Isnin, 4 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU - SATU PERUBAHAN




Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..


Kesempatan ini ,selaku Ketua dan Ahli Jawatankuasa UMNO Kelang Lama mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua . Sentiasa menjadi harapan agar sambutan Tahun Baru ini akan memberikan kekuatan dan kesepakatan untuk terus berjuang demi menegakkan Agama , Bangsa dan Tanahair.


Cabaran yang mendatang menjadikan satu motivasi kepada semua Ahli-Ahli UMNO untuk terus meningkatkan kekuatan serta iltizam bagi mencapai perjuangan yang murni ini. Sebagai sebuah organisani yang kuat , UMNO haruslah mempunyai sebuah jentera yang jitu dan padu bagi memperkukuhkan Ornanisasi. Berikut diperturunkan aspek utama untuk mencapai matlamat organisasi.


Terdapat 5 aspek utama :



Authority / kuasa

Communication / komunikasi atau perhubungan

Productivity / prestasi atau pengeluaran

Morale / Maruah atau semangat

Change / perubahan


AUTHORITY / KUASA

Pemimpin organisasi dari semua peringkat hendaklah mengingati, menyedari dan menginsafi punca kuasa yang diperolehinya. Jika organisasi itu mengamalkan sistem demokrasi dan memilih pemimpinnya di dalam mesyuarat agung, maka semua pemimpin hendaklah menghormati peruntukan perlembagaan organisasi.


COMMUNICATION / PERHUBUNGAN

Apabila sesebuah organisasi sudah membuat keputusan untuk melaksanakan sesuatu projek / program/ aktiviti , maka ahli-ahli organisasi hendaklah diberi maklumat melalui sistem penerangan / komunikasi. Penerangan perlu dibri kepada semua ahli supaya projek / program itu didokong atau disokong oleh semua ahli. Jika penerangan yang jelas sudah dibuat maka jika projek itu gagal maka tidaklah pemimpin sahaja yang dipersalahkan. Malahan dengan adanya penerangan kepada ahli-ahli, walau dimana jua mereka berada, mereka akan turut menyokong untuk menjayakan projek berkenaan. Semua kegiatan dan masalah organisasi perlu dilaporkan kepada ahli-ahli di dalam mesyuarat jawatankuasa, perjumpaan dan mesyuarat agung.


PRODUCTIVITY / PENGELUARAN

Seseorang pemimpin yang dipilih hendaklah mampu merancang dan melaksanakan program untuk organisasi. Organisasi itu tidak akan berjaya jika tandusan projek dan program. Sesebuah organisasi hanya akan disanjung dan pemimpinnya dihormati jika ada banyak projek dan program. Kejayaan organisasi akan diukur dari banyak atau sedikit projek dan programnya yangdilaksanakan. Pemimpin dan organisasi yang banyak projek/ program dikatakan produktif atau tinggi pengeluarannya.


MORALE / MARUAH DAN SEMANGAT

Setelah merancang banyak projek dan program ianya wajib dilaksanakan dengan jayanya. Jika projek itu berjaya maka semangat ahli-ahli organisasi akan meningkat, dan organisasi dikatakan bermaruah dan ahli-ahli akan menjadi bersemangat dan bangga dengan kejayaan organisasinya.


CHANGE / PERUBAHAN

Perubahan adalah satu yang sangat penting. Ini bereti organisasi itu tidak boleh berterusan dengan projek / program yangsama tanpa ada sebarang perubahan. jika organisasi tidak berubah maju maka tanggungjawab ahli ialah utuk merubah pemimpin dan sanggup membawa pperubahan. Walaubagaimana pun pemimpin lama tidak seharusnya diganti jika sentiasa mampu bawa perubahan.



2 ulasan:

  1. salam.
    Tahniah UMNO kelang Lama dengan kelahiran Blog ini dapat menghidupkan kembali aura UMNO yang kian mati.Moga-moga dengan kelahirannya blog umno kawasan seperti ini segala aktiviti umno kawasan dapat dihebah untuk pengtahuan masyarakat setempat!!

    Syabas UMNO kilang lama !!

    BalasPadam
  2. Salam Bro..

    Terima kasih APDS yang telah memberi komen serta menyokong kelahiran blog ini. Moga dengan sokongan ini dapatlah menyampaikan mesej-mesejberguna kepada semua.

    Terima kasih.

    BalasPadam

b