Isnin, 25 Januari 2010

UMNO JUARA RAKYAT

UMNO Juara Rakyat telah pun dilancarkan Oleh YAB Datuk Sri Najib Tun Razak, Presiden UMNO pada 9 Januari di Selangor. Program yang mendekatkan dengan rakyat setempat telah menarik lebih ramai mendekati serta dapat memahami denyutan nadi masyarakat .

Difahamkan, Bagi negeri Kedah Darul Aman, pelancaran UMNO Juara Rakyat akan dlancarkan pada 5 Februari di Jerlun.Ianya akan disempurnakan ole YAB Timbalan Perdana Menteri.
Bagi Bahagian Padang Serai , pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sepanjang tahun 2010. Peringkat permulaan, satu majlis bersama rakyat telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan. Antara pengisiannya adalah penyampaian bantuan pakaian seragam pelajar-pelajar sekolah.

2 ulasan:

  1. Sebagai seorang Melayu-Islam aku amat menyanjung tinggi usaha yang telah, sedang dan akan dilakukan UMNO di semua peringkat, mengikut kadar kemampuan masing-masing, demi alif, ba ta.

    Cuma aku cukup sedih, bila memerhatikan sikap kumpulan-kumulan tertentu sebangsa dan seagama yang bertindak dan bercakap persis musuh yang tak sabar-sabar lagi untuk menghancurkan UMNO sekaligus Melayu-Islam dan Malaysia.

    Dan tambah menyedihkan lagi bila puak-puak yang sentiasa membuat onak sesama sendiri lantaran termakan racun yang ditaburkan oleh pihak tertentu, yang mungkin ada agenda sendiri.

    Cukuplah saudara-saudaraku. Musuh kita yang sebenar kini sudah jelas. Rentikanlah usaha yang sia-sia yang akhirnya boleh "menghilangkan Melayu-Islam" dari bumi bertuah ini.

    BalasPadam
  2. Yang sedang menghancurkan umno hari dipadang serai siapa dia.Inilah kerja rahman dan zuber.Yang penting depa kuat bukan umno kuat.Ada ketua cawangan dinafikan hak mereka untuk pengerusi jkkkp.lesen kelas f dia yang pegang.projek depa kawal.bas halim di pancung semasa sewa ke perlis.siapa yang menghancurkan umno.belum pernah berlaku dalam umno padang serai selama ini.demokrasi sudah tidak ada lagi dipadang serai.

    BalasPadam

b