Isnin, 29 Mac 2010

PERKASA

Sejak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Mahathir tidak lagi kelihatan berucap di hadapan perhimpunan Melayu yang ramai. Hanya perhimpunan-perhimpunan kecil diadakan atas jemputan tertentu sahaja.Tetapi pada 27/3/2010 Tun Mahathir kelihatan berucap hebat dalam perhimpunan Pertubuhan Peribumi Perkasa atau PERKASA.Walaupun menurut beliau ada beberapa pihak yang menasihati supaya beliau jangan hadir di dalam perhimpunan itu tetapi ternyata Tun M tidak makan nasihat.


PERKASA ditubuhkan pada 12/9/2009 dan berusia 1 ½ tahun telah berjaya mengumpulkan sehingga 10,000 orang yang hadir pada hari itu. Ternyata Melayu hari ini dahagakan penyatuan. Mereka telah sedar bahawa Melayu sekarang telah berpecah, hak-hak mereka semakin hangus dan terhakis. Hari ini ternyata PERKASA bebas untuk bersuara hak-hak peribumi.Hakikatnya perhimpunan PERKASA yang lepas telah mempamirkan 3G. GEGAR, GERUN DAN GAGAH.

PROGRAM MESRA RAKYAT


Sabtu - 27 Mac bermula pukul 8.30 pagi orang ramai sudah berkumpul di Masjid Kampung Batu putih untuk mengikuti program kawad pasukan RELA dan gotong royong masyarakat setempat. Program Umno turun padang tersebut telah dirasmikan oleh Y. Berusaha En Abd Rahman bin Mahamud, Ketua Umno Bahagian Padang Serai. Ahli Jawatankuasa umno bahagian,wanita,pemuda dan PU3 ikut serta dalam program tersebut. Program yang dijalankan merupakan satu kejutan kepada masyarakat setempat kerana sebelum ini tidak pernah diadakan program seperti itu.Pada kesempatan program hari ini,En.Rahman bersama Pegawai Kebajikan telah mengadakan kunjungan ke rumah-rumah penduduk yang uzur.





Seramai 9 orang pesakit telah dikunjungi dan diberi bantuan. Pada pukul 12.00 tengah hari,semua peserta gotong royong dan rela telah berkunjung ke rumah En.Ahmad yang mendapat bantuan rumah PBR untuk makan tengah hari. Tetamu yang hadir dianggarkan 500 orang.Selepas makan tengah hari En.rahman menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal.Seramai 47 orang ibu tunggal dan warga emas menerima sumbangan daripada En.Rahman.Sesuatu yang menarik dalam program tersebut ialah komitmen dari JKM dan Keda. Walaupun hari ini adalah hari cuti umum,tetapi kerana rakyat didahulukan mereka sanggup turun ke padang. Syabas dan tahniah kepada pegawai dari JKM dan Keda. .

Rabu, 24 Mac 2010

ZUL AKAN JUMPA PM , MINTA MAAF


KUALA LUMPUR 24 Mac - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.
"Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.
"Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004. - Bernama

Sabtu, 20 Mac 2010

MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT

Benar atau tidak bahawa salah satu dari faktor PR berjaya mencuri undi dalam PRU12 ialah kerana mereka berjaya meyakinkan rakyat bahawa mereka akan mmerintah lebih baik dari kerajaan yang sedia ada jika diberi mandat.Untuk menambah meyakinkan rakyat,mereka mencipta Menifesto yang menjurus kepada Kerajaan Kebajikan kononnya meletakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di hadapan.Pengundi menjadi keliru waktu itu kerana PR belum pernah diberi kuasa.Mungkin apa yang mereka kata dan janji betul.Akhirnya mereka terjemahkan di atas kertas undi dan PR memerintah Kedah.
Setelah 2 tahun memerintah ,adakah rakyat nikmati apa yang dijanjikan? Kehidupan rakyat masih tidak berubah. Janji negara kebajikan tidak muncul-muncul.Rakyat di kampung-kampung tidak mendapat pembelaan.Ibu tunggal dan warga emas masih menunggu.Mana janji kerajaan Pas untuk membela nasib mereka.Wakil rakyat mereka hanya tahu berceramah. Banyak bermain politik dari membela nasib rakyat.Amat menyedihkan bila rakyat pergi mengadu kepada wakil rakyat tentang jalan rosak mereka hanya berkata " itu bukan kerja saya.Itu kerja umno". Repair jalan,buat jalan katanya itu kerja kerajaan pusat. Jadi apakah kerja kerajaan negeri.Pasai pa waktu dulu kerajaan negeri ada peruntukan untuk pembangunan kampung. Ke manakah perginya peruntukan kepada Wakil rakyat RM100,000.00 setahun. Kalau dulu peruntukan tersebut turun ke Pejabat Daerah dan DO yang uruskan perlantikan kontraktor.Tapi sekarang ini dengaq cerita projek turun dengan nama kontraktor sekali.
Adakah ini yang dikatakan kerajaan yang bersih?Persoalan sekarang ialah MAMPUKAH PR MENGURUS KEPERCAYAAN DAN MANDAT RAKYAT hingga PRU13. Jika tidak mampu,rakyat akan menghukum PR dan kembali ke BN. Sekarang rakyat sedang memerhati kemanakah perginya wang kerajaan negeri?Adakah wang tersebut akan keluar sebagai rasuah pilihan raya dua tahun lagi,kita tunggu dan lihat.BAGAIMANA MEREKA URUS EKONOMI DAN PELABUR ASING.Kerajaan BN dulu mampu tarik pelabur dari 1996-2008 sebanyak 23,000 juta tapi PR mampu tarik 35 juta selama 2 tahun memerintah.(BN = 1916 juta setahun. PR 14.5 juta setahun) lihatlah perbandingan pelabur asing melabur di Kulim Hi-Tech. Macam mana nasib pekerja kilang di Kulim jika PR terus dibagi mandat memerintah?

Khamis, 18 Mac 2010

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

UKL telah menerima e-mail dari seorang sahabat untuk tatapan para pembaca. Artikel ini disiar tanpa sebarang perubahan atau edit. Terima kasih.
Hari ini ketua umno pdg serai telah mengadakan lawatan ke kampung sungai kob ,bukit karangan ,kampung pdg meha dan taman serai wangi dalam rangka program " PEMIMPIN BERTEMU RAKYAT " . Pelbagai permasalahan yg diluahkan oleh rakyat di kampung - kampung . Sepatutnya masalah tersebut diselesaikan oleh kerajaan yg memerintah negeri Kedah sekarang , sesuai dgn janji mereka dalam manifesto pilihan raya yg lalu . Warga emas mengadu masalah tiada sumber kewangan untuk mengubati penyakit mereka , ibu tunggal mengadu kekurangan wang untuk membesar dan menyekolahkan anak-anak mereka . Dan bermacam-macam keperitan hidup rakyat marhaen yang diadukan kepada Encik Abdul Rahman bin Mahmud , ketua UMNO bhg pdg serai .
Turut serta , dlm program tersebut ialah pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai KEDA zon Kulim . Kerjasama yg diberikan oleh agensi-agensi yang penting ini Alhamdulilah , dapat membantu Encik Abdul Rahman menyelesaikan masalah dan aduan rakyat tersebut .
Dalam kunjungan pagi tadi , hati saya tersentuh melihat seorang ibu tunggal berumur 83 tahun yg tidak dapat melihat memelihara empat org anaknya , yang berumur 45 tahun hingga 60 tahun,yang menghadapi masalah mental.Keepat-empat orang anak tersebut walaupun sudah lanjut usia ,tetapi belum berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan . Makan dan minum mereka dibiayai oleh seorang anak yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit dengan pendapatan hanya RM200 sebulan.
DI MANAKAH KERAJAAN KEBAJIKAN KEDAH ? DI MANAKAH KEDAH SEJAHTERA ? DI MANAKAH MKK ?
Ibu tunggal tadi masih bernasib baik kerana pengerusi JKKP Kg Sungai Kob melaporkan perkara tersebut kepada UMNO BHG PDG SERAI .
Alhamdulillah , saya rasa masalah mereka akan ditangani oleh JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT .
KEMBALIKAN TAMPUK PEMERINTAHAN NEGERI KEDAH KEPADA BARISAN NASIONAL KERANA BN MENANG , KEDAH SENANG .

RUMAH JADI PUSAT SEMBELIH DAN LAPAH BABI


LUNAS - Penduduk di sebuah taman di sini, kesal apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyembelihan dan melapah babi di dalam kawasan rumah. Lebih mengecewakan apabila cebisan daging dan tulang dikatakan diletakkan di luar kawasan rumah itu. Seorang penduduk taman itu berkata, masalah ini telah dimaklumkan kepada beberapa pihak terlibat tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil. Dari tinjauan dibuat, terdapat beberapa peralatan seperti pencangkuk dan alat untuk menggantung babi dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, masalah itu berlarutan empat hingga lima bulan apabila penduduk menjumpai cebisan daging babi di sekitar kawasan rumah itu. “Pada awalnya kami tidak mengetahui tentang masalah ini tetapi setelah pemilik rumah semakin kerap melakukan perbuatan itu, kami mula curiga dengan aktiviti dijalankan. Kebiasaannya mereka akan menjalankan aktiviti berkenaan pada waktu subuh untuk mengaburi mata penduduk. “Mereka perlu peka bahawa penduduk yang bertentangan rumah adalah masyarakat Melayu dan seharusnya menghormati jiran tetangga,” katanya.

Dia berkata, selepas aktiviti melapah dijalankan, mereka akan memotong daging dan tulang babi yang ada untuk diasingkan. Cebisan yang tidak diperlukan akan dibuang ke dalam tong sampah. Apa yang menjadi masalah sekarang ini, apabila kebersihan tidak diutamakan, haiwan liar seperti anjing akan menggonggong sisa babi itu ke merata tempat. Penduduk taman meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan polis membuat teguran kepada pemilik rumah berkenaan sebelum berlaku sebarang salah faham dan pertelingkahan. “Kami sangat berharap MPKK dan polis dapat memberikan nasihat kepada pemilik rumah ini,” katanya. Sinar Harian

KOMEN UKL

Difahamkan kawasan perumahan tersebut yang terletak dalam kawasan DUN Lunas. Lebih menarik terdapat dua Ahli Majlis Perbandaran Kulim yang tinggal di kawasan tersebut, seorang PKR dan seorang lagi wakil PAS. Macamana aduan yang dibuat sejak lima bulan lalu, masih tiada sebarang tindakan. Apa peranan Ahli Majlis ini?

Rabu, 17 Mac 2010

RADZHI NAK SERAH NAMA WAKIL RAKYAT KELUAR PARTI

ADUN Lunas YB Mohd Radzhi Salleh hanya akan menyerahkan senarai nama wakil rakyat yang berhasrat keluar parti sekiranya mendapat persetujuan daripada mereka yang terlibat. Beliau yang berkata demikian sebagai menyahut gesaan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim supaya YB Mohd Radhzi menyerahkan senarai nama mereka yang akan keluar PKR.

Wakil rakyat yang berkenaan datang sendiri berjumpa dengannya tanpa diminta untuk meminta nasihat apa yang perlu mereka lakukan jika mahu keluar dari PKR dan beliau menasihati mereka supaya buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Ahmad Kassim Pengerusi PKR Kedah membalas amaran Tan Wei Shu yang mahu keluar parti , "Jika Tan Wei Shu rasa dirinya cukup berwibawa, bertandinglah jawatan Ketua cabang PKR Sungai Petani, ini akan menentukan sama ada dia benar-benar ada pengarauh atau tidak" . sinar harian.