Selasa, 9 Februari 2010

DR MAHATHIR SENANG KEPEMIMPINAN NAJIB


KULIM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau gembira dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana mempraktikkan ciri-ciri pentadbiran yang memenuhi kehendak serta kepentingan rakyat dan negara."Saya telah beberapa kali menemui Najib sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara dan merasa senang dengan cara beliau mentadbir sehingga kini," katanya ketika berucap pada program Mesra Rakyat anjuran bersama Umno Bahagian Padang Serai dan Yayasan Pembangunan Insan Pulau Pinang di sini malam tadi.Beliau berharap Najib akan meneruskan tradisi bekerja dan berjasa kepada rakyat.Dr Mahathir juga berkata beliau yakin krisis dalaman melibatkan beberapa parti komponen Barisan Nasional akan selesai sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti.Katanya pemimpin parti berkenaan sedar bahawa penyelesaian segera pergeseran dalaman akan menjamin masa depan BN kembali cerah untuk menang pilihan raya akan datang dengan majoriti lebih baik.Dr Mahathir berkata pemimpin yang bertelagah sedar bahawa mereka tidak ada pilihan kecuali untuk berbaik-baik semula.Katanya rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pembangunan dalam pelbagai bidang sejak negara Merdeka hampir 53 tahun lalu banyak mengatasi negara-negara lain di dunia yang merdeka dalam tempoh sama. - Bernama

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, bebanan fikiran untuk menjayakan program tersebut telah berlalu.Biar apapun penilaian orang tentang program tersebut tapi bagi saya ia sesuatu yang membanggakan berkat sokongan dan dokongan ajk Umno Bahagian, Pemuda, Puteri,wanita dan semua cawangan.
    Satu sikap yang amat membanggakan saya ialah team work dan semangat kekitaan.TERIMA KASIH KEPIMPINAN BAHAGIAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.
    Rumusan dari ucapan TUN dan program tersebut ialah:
    1. YABHG TUN masih disayangi oleh rakyat.Jasa Tun rakyat masih ingat.
    2.Tun mengharapkan semua rakyat samada Melayu,Cina atau India memelihara keharmonian dalam negara ini.
    3.Pada pilihan raya yang lepas rakyat telah memberi kepercayaan kpd Pakatan kerana nak uji setakat mana kebolehan mereka mentadbir.Kegagalan mereka mengurus tadbir negara dengan baik akan menyebabkan mereka akan dihukum pada PRU 13.
    4.Kejayaan Negara berada ditahap sekarang adalah kerana Kerajaan BN berjaya mengurus negara dengan baik.Walaupun ada sedikit kelemahan tetapi puratanya banyak kebaikan,samada kebajikan rakyat atau kebajikan kakitangan kerajaan.
    5.Jangan memberi undi kerana kita dapat imbohan.Jangan jual undi kerana perbuatan tersebuat akan merbahaya kepada negara.

    Itulah antara intipati ucapan yang sempat saya tulis.
    Atas nama pribadi saya amat bangga dengan YABHG TUN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

b