Jumaat, 26 Februari 2010

USAHA MEMBANTU MASYARAKAT



MERBAU PULAS - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Halim Hassan berkata, masih ramai dalam kalangan Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung dan Persekutuan (JKKKP) yang bukan Melayu berhadapan dengan pelbagai masalah dan tidak mengenali kepimpinan UMNO. Perkara ini dimaklumkan kepada beliau ketika dia membuat lawatan ke Sungai Karangan. Menurut beliau, UMNO lebih konsisten dan sering mengadakan lawatan di kawasan perkampungan Cina dan India untuk memastikan permasalahan yang mereka hadapi dapat diselesaikan. Beliau tidak menafikan ada beberapa pihak cuba menyekat tugas kemasyarakatan dilakukannya tetapi semua ini tidak mematahkan semangat beliau untuk menjalankan tugas demi kepentingan rakyat. “Kita kena ingat, UMNO harus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu. Apa yang saya lakukan adalah untuk menaikkan nama parti dan pandangan masyarakat terhadap parti. Saya kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menyekat saya dari melakukan tugas kebajikan dan tindakan mereka ini tidak profesional. Semua ini tidak seharusnya berlaku kerana persaingan seharusnya dilakukan secara sihat. Apa yang lebih penting kepada saya adalah perjuangan untuk membantu orang Melayu dan mengembalikan kepercayaan mereka kepada UMNO,” katanya. Beliau dimaklumkan petugas di sebuah agensi kerajaan ada sesetengah jabatan tidak dibenarkan turun padang bersamanya oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjalankan tugas kemasyarakatan. Ini tidak seharusnya berlaku kerana setiap pemimpin mempunyai agenda tersendiri untuk mendampingi dan memenangi hati rakyat. Menurut beliau, sekiranya mereka tidak mampu bersama rakyat dan masyarakat sudah tidak percaya terhadap mereka, tindakan yang harus mereka lakukan adalah dengan memperbaiki kesilapan. “Saya berpendapat usaha murni yang UMNO lakukan selama ini adalah untuk membantu golongan memerlukan. Saya tidak takut pada persaingan tetapi biarlah ia dilakukan secara sihat. Mereka harus sedar perlakuan mereka sedang diperhatikan. “Saya akan terus memberikan bantuan kepada keluarga atau individu yang memerlukan bantuan. Dengan adanya usaha bersungguh-sungguh dan komitmen yang diberikan, rakyat akan lebih terbuka untuk menerima UMNO,” katanya. sinar harian

Komen UKL
Kurang faham dengan kenyataan ini kerana beliau merupakan timbalan Ketua UMNO Bahagian yang boleh menyuarakan pandangan beliau mengenai perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian. Apakah tiada apa-apa mekanisme pentadbiran dan pengurusan parti . Perkara ini patut dielakkan kerana ianya boleh melemahkan jentera parti.

29 ulasan:

  1. Syabas, Sdr. Halim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, kerana tak takut pada "persaingan" Nada tu persis seorang politikus yang matang dan tak takut "dilambung ombak" Anak jantan.....

    Tapi setelah menyelak balik helaian akhbar Sinar Harian, satu-satu akhbar yang sentiasa "ikut pungkok" atau disuruh ikut pungkok oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian ini, nampak sangat sdr langsung tak matang dan tidak ada kelas dalam permainan politik bertaraf kampung ini pun.

    Sebagai seorang Timbalan Ketua Bahagian, sdr jangan fikir yang sdr berhak untuk bercakap apa saja.

    Sebagai sebuah pertubuhan berdaftar UMNO ada etika dan tatacara untuk bertindak. Bukan main hentam ikut rasa saja. Kerja macam tu kerja tak cerdik namanya. Boleh habis duit buta saja.....

    Apa sdr. tak pernah belajar tentang peraturan berpersatuan. Kalau sdr. jawab "ya" saya tak mau kata apa-apa lagi.....

    Tapi jangan cuba "burukkan nama UMNO Bahagian" dek kurang fahamnya sdr. sendiri.

    Adalah lebih baik sdr dan "geng-geng" yang sedang "sokong membawa rebah" ke atas sdr.fikir habis-habis, bukan terikut-ikut rentak geng sdr yang memang nak "bunuh" karier politik sdr.

    Saya suka mencadangkan agar sdr. menfaatkan "keupayaan" yang ada, dengan bergerak sederap dengan Bahagian dan kepiminannya.

    Sdr. bukan sedang "tercari-cari" tempat dalam Bahagian. Sdr. sudahpun berada di dalam ...ketepikan "ego" sdr dan bersamasamalah dengan saf kepimpinan Bahagian dan bekerja keraslah sebagai satu pasukan.

    Manatau selepas KB yang ada giliran sdr. memimpin Bahagian pula kalau sdr betulkan niat dan ikhlas dalam tindakan.....

    Sdr. sebenarnya layak menjadi Ketua Bahagian...

    BalasPadam
  2. salam...sebenarnya depa ni dok pulun nak jadi calon.inilah kerja pemimpin umno.kesian takut tak jadi. At the end dapat kat orang lain.alahai kesian pulak!!

    BalasPadam
  3. umno la ni dok syok sendiri, gaduh sama sendiri, ada ejen pembangkang dalam umno, itu pun umno masih tak sedaq. kalau setakat dok gila jawatan dalam umno, menang dalam umno, kuasa dirampas oleh pembangkang, DUN dan Parlimen hak pembangkang menang dalam parti pun tak guna juga.Tapi pasai duit punya pasal kalah dalam p/raya pun tak ada pasai boleh jadi penyelia DUN ataupun Parlimen, duit masuk lagi deras, Itulah hikmahmahnya kalah dalam pilihanraya. Buka Tim. Ketua Bhg Pdg Serai sahaja yang tak profesional dalam kerjaya poliTAIK, Ketua Bhg dan barisan Jawatankuasanya masih di peringkat "Dua Sa" dalam kerjaya poliTAIK. Kebanyakannnya chokia...

    BalasPadam
  4. Inilah yang dikatakan gilakuasa,kalau halim rasa nak tolong orang, nak bantu orang, nak berkhidmat untuk kesejahteraan orang, buat la kerja tu tapi jangan dok kondem kepepimpinan umno bahagian. Hang sapa, Timbalan Ketua, ikut lah cara dan prosedur, nak kata tak mengaji, dak juga pasai boleh pegang jawatan timbalan ketua.

    Dalam keadaan yang memerlukan sokongan masyarakat, semua orang harus komited dengan tugas dan tanggungjawab.Jangan salahkan ketua sahaja, timbalan, naib dan ahli jawatankuasa juga ada tanggungjawab. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

    Mengapa perkara ini tidak dibawa dalam perbincangan mesyuarat bahagian, apakah timbalan tak dijemput hadir mesyuarat atau dia sendiri tak mau hadir mesyuarat.

    Kalau di atas pun berkecamuk, jangan harap apa-apa dari bawah.Lu fikir la sendiri.....

    BalasPadam
  5. salam sejahtera.....orang semua tahu depa gaduh gaduh pasai mulanya rebut projek .ketua dgn setia setiausaha dok kerpoi depa saja.lagi satu pasai komisen.

    BalasPadam
  6. Sempena ulangtahun Hari Keputeraan Junjung Besar Nabi Muhammad s.a.w aku suka mencadangkan agar semua kepimpinan UMNO Bahagian Padang Serai, khususnya, Sdr. Timbalan Ketua dan semua yang bergelar pemimpin agar dapat maaf memaaf sesama sendiri dan lupakan terus perasaan "tak puas hati" sebaliknya berazam untuk bekerja kuat demi agama, bangsa dan tanahair.

    Selamat meneruskan perjuangan.

    BalasPadam
  7. TUAN TUAN SEKELIAN SAYA PUN RASA HAIRAN KENAPA UMNO PDG SERAI JADI TERUK SEKALI.SEBENARNYA SERUPA SAJA MEREKA INI.PUNCANYA KALAU KETUA KENCING BERLARI .TIMBALAN KENCING BERDIRI.JAWATAN KUASA NYA KECING DALAM SELUAR.PARTI UMNO ORANG MELAYU PUNYA.JANGAN MENANG SORAK.

    BalasPadam
  8. Salam perjuangan.Saya adalah orang melayu yang beragama Islam.Apa yang saya nak cakapkan ini adalah kerana lillahitaala.Saya sayangkan bangsa dan agama saya.
    Kebelakangan ini orang melayu telah dihinggap oleh satu penyakit iaitu penyakit buruk sangka.
    Penyakit ini adalah rentetan dari penyakit PHD.
    Perangai buruk orang melayu ialah biaq semua tak dapat dari dia dapat.Biaq hancuq daripada dia dapat.Saya sedih dengan sikap buruk ini kerana saya tahu penghujung dari nya ialah melayu akan hancur lebur.Jatuhnya kerajaan Islam diSepanyol dulu adalah kerana PHD dan buruk sangka.Orang melayu kena ambik iktibar dari kejatuhan kerajaan Islam tersebut untuk dijadikan tauladan dan sempadan.Semuanya ditangan kita.Nak bagi elokpun kita nak bagi hancuq pun kita.
    Dalam kontek Umno Padang Serai,kenapa kita suka menuduh orang dengan buruk sangka.Betuika Ketua Bahagian (KB) dan Setiausaha (S/U) dok kerpoi projek.Projek apa yang depa dapat?.Projek SDO semuanya cabut undi,Saya pernah pergi ke SDO tanya betuika KB boleh bagi projek.SDO kata projek semua SDO cabut undi.Saya seorang kontraktor yang dimaklumkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab bahawa KB dan S/U dok bedak projek pada peringkat awai percaya tetapi setelah saya siasat rupanya bohong.Mereka buat cerita bohong untuk memburukan kepimpinan bahagian.
    Saya bukan nak bodek tetapi saya nak kebenaran.Kalaulah sdr anonymous yang membuat pertuduhan di atas ada bukti tolong bagi tau secara jelas.Apa projek yang depa kapoi,jabatan mana dan berapa harga.Saya akan pergi cek di jabatan tersebut.Jangan buat persepsi buruk kerana yang rugi ialah Melayu.Jangan tuduh perangai orang umno busuk semuanya.Ada yang lebih baik dari perangai orang yang bercakap atau perangai orang Pas atau PKR.
    Mengenai umno padang Serai,saya selalu pergi kepejabat umno dan mengikuti progrm umno.Saya dapat lihat satu perubahan yang positif telah dibawa oleh KB.Semua sayap parti,wanita,pemuda Pu3 ,naib Ketua bahagian dan Ajk berdiri teguh bersama KB.
    Masalah hanya Timbalan sahaja kerana timbalan tidak faham kerja timbalan.Dia nak buat kerja ketua.Kalau dirumah bini nak buat kerja suami akan timbul masalah.
    Saya rasa kalau timbalan betul-betul cerdik dan sayangkan parti ,beliau kena berbincang dengan KB apa-apa masalah yang dihadapi.Bukan dengan bawa wartawan sinar masuk kampung,buat cerita bohong.Timbalan jangan suka salahkan orang,tanya diri sendiri apa sebab semua ketua cawangan tak suka kat timbalan.Antaranya kerana timbalan suka bercakap bohong.Masuk kampung bawa MKK.Ketua cawangan letak dibelakang.
    Saya cadangkan timbalan letak jawatan saja.Tak payah dok pening.Dok pegang jawatan pun tak guna kerana semua orang tak suka kat timbalan sekarang.

    BalasPadam
  9. kesian dan simpati pada umno padang serai.ketua janganlah ambil mudah dan lena bila timbul masaalah.inilah kerja ketua yang sebenarnya.jangan amalkan klik dalam parti.berkawan lah dengan orang yang lebih berilmu,beriman ber pengalaman sikit.nak salah orang bawah pun tak boleh juga.ada juga ketua yang berjalan macam ketam.tapi suruh anaknya jalan betul.bukan senang hendak jadi ketua.duit ringgit belum tentu selesai masaalah.barangkali inilah bala nampaknya.dato najib kata berubah sikap tak ikut.masuk telinga kiri keluar telinga kanan.jangan ingat senang jadi ketua.setakat jaga pengerusi cawangan umno sahaja tidak cukup.mereka ini serupa main saham.ambil kira untung rugi.bahanamya umno...dato nenek kita mengangis tengok gelagat anak cucunya.

    BalasPadam
  10. Masalah yang kecik macam ni pun tak boleh selesai, macamana nak tadbir. Aku heran puak2 ni dok tak sedaq diri. Ahli jawatankuasa yang dok ada tak berani nak bersuara, takut hilang jawatan. Kalau pegang jawatan hanya nak jadi pak turut saja tak jadi.Lingkup umno.

    Hangpa kena ada pendirian, kalau tak ada yang betui, buat keputusan dalam mesyuarat, takut apa... umno bukan mak bapa hangpa. Dah tau encik halim tak betui, tapi puak ni tak berani buat apa.

    Aku setuju juga encik halim kata, jawatankuasa tak jaga rakyat tapi hangpa dok buat do no je, tak alert langsung...orang dok perhati hangpa.

    BalasPadam
  11. halim kata tu ada betoi ada salah juga, pasai apa dia tak pakat dengan ketua bhg, dengan AJK yang lain, macam mana nak pebetoi. bukan tuduh menuduh. kalau macam ini pas dan pkr tak payah wujud jentera p/raya dalam pru akan datang, pasai umno tolong kempen. sampai bila hampa orang umno nak sedq......kesian anak, cucu, citi kita... kita tak palah dua tua [0tai].

    BalasPadam
  12. kalau nak hampa semua perasan cita sinar hairan tu tak dak kena mengena dengan cita yang dia nak siar.

    para pertama dia kata pemimpin jkkkp bukan melayu tak kenal pemimpin Umno lepaih tu dia kata pulak ada orang nak sekat dia buat keja.

    ni apa punya cita ni budak sekolah pun boleh pening kalau karangan macam ni..

    reporter sinar HAIRAN NI SELALU BERITA YANG MENGHAIRANKAN ORANG JADI TAK PAYAH BACA SEBAB ORANG YANG TAK SEKOLAH JE BACA...HEHEHHE HIDUP UMNO

    BalasPadam
  13. anonymous 8:35am

    Setuju sangat dengan hang, aku cadang orang padang serai dan kulim boikot..boikot...boikot surat habaq sinar, baru dia keluaq berita bernas.

    BalasPadam
  14. Tadi aku mendengaq seorang ketua cawangan marah kat sinar pasai buat cerita benda yang dia tak cakap.Dia cakap lain,sinar tulis lain.Semalam depa bincang sampai pukui 2.00 pagi pasai nak buat laporan polis.Tapi ada yang nasihat tak payah sampai macam tu.
    kalau macam ni punya cerita,esok orang tak caya kat sinar macam orang tak caya kat Tim....

    BalasPadam
  15. ya antipkr.

    Ha..ha..ha.. itu lah strategi untuk melemahkan jentera parti, yang depa galak sangat nak masuk paper , itulah jadinya.

    Mujuk muka dia tak keluar papaer. Kalau tidak semua orang tau. ha.ha.ha. hangpa nak kena..

    BalasPadam
  16. Dulu mula-mula nak tentang dato' det, Raman, Halim bas, zuber dalam satu mangkok. Bila menang, mangkok depa mula berayun-ayun, pasai apa.....hangpa yang dok komen tulah kena cari jawapannya. Pasai apa halim dengan raman dalam satu mengkok dah tak semangkok lagi. Mesti ada sebab. Pada awal kempen dulu, Raman bergantung sepenuhnya pada Halim bas dalam banyak perkara terutamanya dari segi sumber kewangan. Yang tak belaga angin bukan Raman dengan Halim bas, tapi Zuber dengan halim Bas. Sebab Zuber sebagai Setiausaha ada sikit virus phd dan buruk sangka terhadap halim bas yang banyak mengumpan raman semasa kempen menentang det dulu. M/benz yang raman dok guna lani, siapa yang tanggung hutang sampai kedai minyak halim bas tergantung keraa duit habis kempen menentang det. Bila menang, raman tinggal halim bas dan cari patner baru - Zuber. Ok, dalam pergoloakan ini di bhg padang Serai, sapa untung, sapa cerdik, sapa profesinonal, tentulah Bakri Naib Ketua. Setakat la ni dia boleh di katakan master clean, tidak ada musuh, tidak membuat masalah, ramai ketua cawangan selesa dengannya, anak tempatan Labu Besar. Keterampilannya memang hebat. Bijak menongkah arus. Layak untuk dipilih sebagai calon DUN Merbau Pulas dalam PRU akan datang. Zuber yang mempunyai Drs juga layak sebagai calon DUN Lunas. Manakala Marlia mantan adun merbau pulas pula yang berada di lebeh pusat layak untuk calon parlimen pdg serai. Wati nak letak kat mana...fikir-fikirlah......

    BalasPadam
  17. setuju dgn anonymous, hang memang bolh jadi "nujum pak belalang" Nama-nam yang tok bomoh cakap ni dah ada dalam senarai, dok tunggu pilihanraya je.

    Tapi aku setuju cara halim kerja, bukan setakat dun merbau pulas, dun lunas pun dia rajin, lepas ni mungkin dia nak jaga parlimen padang serai, tolong tok tengok sat, calon parlimen, pasni boleh jadi menteri, kan dia dah ada setiausaha akhbar, senang la buat cerita

    BalasPadam
  18. betuika cerita hang ni anonymous 10.23 pm. Aku agak hang buat cerita kelentong ni. Hang ingat Halim Bas tu bodo ka nak bagi duit kat orang.Dia tu kedekut.Duit dia bini dia kontrol.Takkan kerana bayaq hutang kereta rahman pam minyak dia kena tutup.Hang bohong.Tak masuk akai, ataupun hangtu yang kena kelentung dengan halim.
    Sebenaqnya halim lari dari kem rahman kerana dia nak jadi calon .Dia agak kawan dia mejer di SP boleh tolong rokomen dia kat Najib supaya dia jadi calon.Bukan pasai orang lain.Pasaitu dia dok buat perangai.Hang tak tau,depa dah pi KL minta tolong kat orang pejabat najib .Hang tak tau tak yah cakaplah nujum pak belalang oiiii.

    BalasPadam
  19. sudahla... pakat-pakat la baik.. dulu boleh ja pakat jatuhkan dato det.. berjuang siang dan malam... kini lari merata tempat.. apa da...............

    BalasPadam
  20. la ni semua kata kepimpinan bahagian tak baguih la... dulu sapa yang pilih.. sapa yang calonkan... kerana duit semua sanggup buat apa saja.. dulu kata dato det kedekut.. la ni kalau duit banyak pun kalu dok buat kacau bahagian baik letak jawatan ja.. orang nak bagi umno padang serai kuat, bukan nak bagi lemah.. ni lah petualang bangsa.......... taubat la........

    BalasPadam
  21. asalmualaikum....elok sangartlah mana mana yang tak boleh pakai suroh depa letak jawatan.ganti yang hebat dan berkebolehan banyak.tuboh biro dan kelab.misalnya setiausaha kena kekalkan sdr zuber.sebab dia boleh buat kerja dgn baik'misalnya biro judi dan sosial pada sdr asmadi talib.biro antarabangsa dan kedutaan indonesdia pada mat saad hasan.biro ibu tunggal dan hal ehwal wanita sdr mansor.biro penerangan abdullah ahmad.biro kewangan suhaimi mat.halim bas suroh dia berenti jaga bas dan stesyen minyak dia. umno padang serai akan bertambah kuat dan hebat.

    BalasPadam
  22. Sungguh tu.

    Kalau ada biro yang benar-benar berfungsi, buat kerja kerana UMNO, aku percaya lebih ramai ahli yang bersedia dan boleh membantu.

    Jadi akan kuranglah bilangan mereka yang pandai cakap saja yang mampu melahirkan ramai "tukang karut".

    Cuma tentang nama-nama biro dan Pengerusi-Pengerusi yang Anon 10.03 paparkan aku tak mau komen la.tapi nampak macam ada signipikannya.Tau taula....he, he....

    BalasPadam
  23. rasa akula,asmadi talib tu baguih,pasai apa yang dok pi sangkut nama dia,buatla krja lain yg berpaedah...ingat mati ingat ingat...jgn marah saja nak tumpang sekaki..he..he..he

    BalasPadam
  24. geng pemuda pdg serai yg ketua dia asmadi tu bukan saja kaki judi malah raja segalanya,hangpa silap kata dia setakat kaki judi je...dia hebat lebih dari tu lagi..hidup chegu di

    BalasPadam
  25. Halim bas tu gusta pada UMNO Padang Serai.Raman pula macam pusat Gusta.Eloklah bila ada pusat Gusta pesakit tentu ramai.

    BalasPadam
  26. Masya Allah......takkan macam tu punya teruk kot UMNO Bahagian Pdg Serai. Kalau macm nilah, pembangkang tak payak tubuh jentera p/raya dalam PRU ke-13 nanti. Kita, depa pakat tolong kempen pejatuh UMNO Bhg Pdg Serai. Lekeh sungguh UMNO Bhg Pdg Serai. Tak sangka nooooooooooh. Jangan sampai depa kata barisan kepimpimpinan UMNO Bhg Pdg Serai semuanya cap lembu sudahlah. Jadi, kalau camtu, camna kita nak menang dalam PRU ke-13, nak tawan DUN M/Pulas, Parlimen Pdg Serai dan DUN Lunas. Takkan pak Menteri UMNO/BN ataupun orang atas dalam UMNO Pusat tak tau perkara ni. Takkan nak dok diam saja. hai......alamatnya susahlah kita Melayu UMNO Oooooooooooi. punggahhhhhhhhh

    BalasPadam
  27. setuju sangat..yang susah orang melayu.depa senang bila jadi pemimpin atau ketua dan sebagainya.kereta besar cermin gelap pula.dari kereta kecik jadi kereta besar....yang kita ni sokong umno macam nak mampuih.dok lagu tu jugalah.tak pa.tapi janganlah sombong dan ego.kena ikhlas.tuhan tau apa kita buat dan kita niat.sebab tu tak semua yang hampa rancang tuhan makbul nanti.

    BalasPadam
  28. umno bahagian dan pemuda bahagian pdg serai bukan cap lembu tapi cap ayam...berkokok ja deras tapi ekor penuh taik...tukar semua kepimpinan bahagian dan pemuda,buat pemutihan termasuk wanita dan puteri,tak peduli hal rakyat asyik kira komisen projek je dan rajin buat skandal pulak tu..harapkan pagar tapi pagar makan padi...cgu di apa khabag..tunggu apa lagi..masa ni la nak tunjuk jantan...mana dia prinsip hang...jangan la jadi cakap tak serupa bikin..awak tu ada bakat memimpin jangan dok jadi mcm depa puilak...cgu di pun sekapai dengan depa juga pa?

    BalasPadam
  29. yang hangpa dok kata asmadi tu raja segalanya bukan setakat kaki judi saja mana hangpa tau,ada buktika,kalau ada habagla jangan main lempar batu sembunyi tangan,tak jantan la macam tu...fitnah tak baik tau....bukti mesti ada kalau nak tuduh orang jan gan sebarangan...

    BalasPadam