Khamis, 18 Februari 2010

SELARASKAN PERJALANAN PARTI


sinar harian 18 Februari

"Dari apa yang dapat saya lihat, dalam senario politik UMNO Bahagian hari ini ada dalam kalangan pemimpin yang membuat program 'syok sendiri' dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku, mereka seharusnya membincangkan bagaimana program itu seharusnya dilaksanakan dan tidak ditentukan oleh pihak yang tertentu sahaja". kata Datuk Mohd Hadzir Ismail, Bekas Ketua UMNO Bahagian Padang Serai. -sinar harian 18 Februari



Teguran yang dibuat oleh Datuk Mohd Hadzir ini mungkin ditujukan kepada mana-mana bahagian yang beliau rasa mempunyai masalah dalaman dalam kepimpinan bahagian. Sebagai bekas ketua UMNO Bahagian, beliau mungkin mempunyai resipi bagaimana untuk membantu memulihkan mana-mana bahagian yang dianggap sebagai bermasalah. Beliau seharusnya bersungguh-sungguh dalam membantu memperkukuhkan parti serta mengeratkan hubungan saf kepimpinan demi kekuatan dan perjuangan parti.


11 ulasan:

  1. Salam.Terima kasih kepada Dato' Mohd Hadzir kerana memberi teguran dan pandangan dalam Sinar pada hari ini.Sebagai Ketua Umno Cawangan di Padang Serai,saya ingin mengeluarkan komen dikaca mata saya tentang senario politik di Padang Serai.
    Memang dimana-mana bahagian UMNO dalam negeri Kedah malah seluruh negara ada masalah dalaman.
    Kalau dulu MIC,MCA,Gerakan dan akhirnya UMNO.Sekarang telah menular kepada PAS dan PKR.
    Keadaan tersebut berlaku kerana:
    i . KUASA.
    Memang manusia paling takut jika kuasanya hilang. Apa lagi jika kuasa dirampas atau dilepaskan dalam keadaan terpaksa.
    ii. DENDAM.
    YABhg.Tun Dr Mahathir pernah berkata bahawa dalam politik 1 + 1= bukan 2. Ini bermakna dalam politik kadang-kadang teguran,pujian,salam, senyum,kunjungan tak ikhlas. Dendam orang politik amat busuk.
    iii.DENGKI/KIANAT.
    Orang politik tidak akan mengiktiraf kejayaan atau kebaikan kumpulan yang menentangnya.Buatlah baik macam manapun tetap tidak baik.
    Komen saya:
    1.Ketua bahagian Padang Serai sekarang adalah seorang yang berdedikasi dan mempunyai semangat yang kuat untuk bekerja.Beliau akan turun ke bawah berjumpa rakyat jika kita ada masalah.Cawangan saya kena banjir baru-baru ni,beliau turun bekerja bersama rakyat sampai pukul 5.00 pagi selesaikan masalah rakyat.
    2.Beliau tunaikan janji.Dalam beberapa kes yang beliau berjanji dengan saya,beliau tunaikan.Kadang-kadang beliau bawa ketua cawangan berjumpa dengan pegawai kerajaan yang bersangkutan untuk membantu menyelesaikan masalah.Walaupun tidak semua berjaya tapi saya sebagai ketua cawangan rasa berpuashati di atas kesungguhan beliau tersebut.Rakyat menilai keikhlasan dan kerja buat pemimpin.Antara punca kekalahan BN di Merbau Pulas tempuh hari ialah kerana pemimpin bercakap bohong,tidak tunaikan janji.
    3.Keadaan politik Padang Serai sekarang ini amat memberangsangkan.Kalau ada masalah pun, tidaklah begitu kritikal.Saya rasa masalah di Padang Serai tidak seteruk masalah di Bahagian lain. Cuma di sini ada tangan yang suka pusing buah dadu supaya nampak ligat.
    Saranan saya ialah, sebagai orang UMNO kita mesti bersatu dan sayangkan parti.Biar siapapun menjadi ketua, kita kena hormat dan bagi peluang kepada beliau.Jangan ada usaha melaga-lagakan pimpinan bahagian kerana kesannya ialah kepada UMNO.Kalau dulu orang bekerja untuk kita kenapa sekarang kita tidak boleh bekerja untuk orang.Kita perlu bertanya kepada diri kita,APAKAH SUMBANGANKU UNTUK PARTI SELEPAS PARTI CUKUP BANYAK BERJASA KEPADA KU.
    Umno bukan hak Rahman atau sesiapa ,tetapi Umno adalah hak Melayu.Tumbang Umno hancur melayu.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. aku juga terpanggil nak komen benda ini. Bila Tok Det buat teguran macam tu, tentu ada sesuatu permasalahan dalam umno bahagian. Yang pasti bekas ketua umno Padang Serai ini pernah memmimpin bahagian ini. Bagaimanapun PRU 12 telah menyaksikan beliau tewas di tangan PR .

    Apa yang dibangkitkan oleh Tok Det mungkin pernah berlaku kepada dia. Kurang perdampingan dengan masyarakat, janji tak perbak tunai, mungkin tak semua tapi ada orang bagitau habit dia suka buat janji tinggal janji.

    Kalau benda ini menjadi amalan dia (tok Det) tentu hari ini dia masih memegang kerusi ADUN Merbau Pulas silap-silap boleh jadi exco pasai hampir 4 penggal dok jadi wakil rakyat.Mungkin xda rezeki dia. Sepatutnya beliau kena bantu apa yang lemah demi kekuatan parti. Jangan asyik salah orang lain , betui kata ketcaw , bagi peluang kepada ketua yang ada untuk menentu hala cara dan perjuangan parti .Dulu orang tolong dia, kini dia kena tolong orang, jangan pelaga orang sudah.


    Selamat berjuang, hidup Melayu.....

    BalasPadam
  3. Aku berani kata teguran yang dibuat oleh Datuk Hadhir, bekas Ketua UMNO Bahagian Padang Serai ditujukan kepada pimpinan Bahagian berkenaan.

    Mungkin juga teguran Datuk ada betulnya. Tapi semua ahli UMNO Bahagian tahu bahawa Ketua Bahagian "yang syok sendiri" adalah anak didik Datuk Det, sejak menerajui PP UMNO Bahagian lagi. Jadi budaya "syok sendiri" bukan sesuatu yang baru.

    Budaya "SS" adalah hasil atau "klon" Datuk, sebenarnya.

    Lebih empat penggal menerajui Bahagian apa yang Datuk buat yang menyenangkan keseluruhan ahli.Sekurang-kurangnya "SS" orang-orang tertentu dalam Bahagian pada 8 Februari 2010 yang lalu mampu membuktikan UMNO Bahagian masih "hidup dan bernyawa"

    Yang Datuk dok "main kotor" - melebarkan lagi "perpecahan" sesama sendiri tu yang sepatutnya direntikan dan tidak dibiar bermula.

    Sebagai bekas Ketua Bahagian yang berpengalaman dan cukup berwibawa Datuk sepatutnya menjadi "penasihat" dan bukan "perosak"

    Ketua Bahagian yang ada sekarang yang Datuk pernah "didik" sejak di dalam Pergerakan Pemuda, bukan musuh Datuk, kerana dia tidak mengalahkan Datuk di dalam pemilihan yang lepas. Datuk yang takut kalah dan mengambil tindakan untuk menyerahkalah sebelum pertempuran.

    Dan Datuklah yang "memberi ruang" untuk Timbalan Ketua Bahagian sekarang yang sepatutnya bergerak seiringan dengan Ketua Bahagian, sebaliknya "memusuhi" seluruh barisan pimpinan Bahagian, sekaligus membuatkan perjalanan UMNO Bahagian menjadi "tempang" dan bakal menjejaskan sedikit sebanyak prestasi Bahagian dalam PRU 13.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.Sdr pembaca, hari ini kami penduduk Taman Mutiara berkumpul untuk mendengar penjelasan dari TNB berhubung kerosakan peralatan elektrik kami akibat dari masalah voltan tinggi kelmarin.Terima kasih kami ucapkan kepada En.Rahman Mahmud kerana berusaha menjemput pengurus TNB Kulim dan Aloq Staq mendengaq masalah kami.
    Saya terpanggil untuk memberi respon tentang teguran Tok Det berhubung senario politik Padang Serai,kononnya pemimpin buat program SS.
    Pada hemat saya ,program hari ini bukan program SS.Tapi lebih tepat program RK (rakyat suka).Dalam program tadi saya dapat melihat rakyat gembira apabila pemimpin prihatin dan bertindak cepat untuk menyelesaikan masalah mereka.
    Dalam program tadi juga rakyat dapat melihat kerjasama antara parti untuk membantu rakyat.MIC juga turut membantu.Keadaan tadi memperlihatkan satu perubahan yang ketara dalam tindakan parti BN.
    Pada masa yang sama saya difahamkan PAS juga nak buat benda yang sama.Tetapi tidak menjadi kerana tiada sambutan.Katanya mereka akan adakan program di Rumah Orang Tua Taman Mutiara. Kejayaan UMNO Cawangan Taman Mutiara,Pemuda ,Wanita dan PU3 cawangan amatlah memberangsangkan. Saya yakin kalaulah Dato' Det dan Halim Mohamad jaga macam lani, kita tak kalah dalam pilihan raya yang lalu.
    Selepas majlis tersebut,saya dengaq semua yang hadir berpuashati dan seronok dengan Ketua Umno Bahagian sekarang.Mereka berpendapat beliau tidak pilih bulu dalam membantu rakyat.Ini adalah kerana dalam ucapan beliau mengatakan bahawa semua rakyat akan dibantu tanpa mengira fahaman politik.
    Pada pendapat saya orang yang boleh dikategorikan sebagai bodoh politik,kalaulah umno bekerja macam hari ini, jangan bimbang rakyat akan pilih BN dalam pilihan raya ke 13.Kepada Ketua Bahagian saya ingin nyatakan bahawa rakyat di bawah sentiasa dambakan pemimpin berjiwa rakyat. Selamat berjuang,insyaalah anda akan menang.Wallahualam.

    BalasPadam
  5. tengok mulut sudah tau hati macam mana...tu didunia di akhirat!!!!

    BalasPadam
  6. pak long , awat kata macam tu, tak baik tau

    BalasPadam
  7. Pasai dok cerita pembohong...anak penakan oi,dekat bohong pak penakan cukup la ni sampai anak penakan pak long pun dia dok sanggup mohong !! apa cerita ni.

    Sebenarnya cikgu det ni dia gila jawatan lagi.Yang pelik pasai apa ari tu pi tarik diri,Sampai cikgu halim pun terpaksa lawan ketua sendiri.Akhirnya semua terperosok dalam parit hari nei.

    Yang cik halim buat team pun dengan puak2 yang tak mengaji ator macam2 strategi,Yeh sungai seluang tu bukan reti berparti campur dgn 2/3 ekor lagi...ari ni jadi kera sumbanglah dok dlm parti....dok cucuk sesama sendiri !!

    BalasPadam
  8. Pak Long oi,

    Saya takmau kata apa pak long tapi pasai apa buang habis orang2 cikgu det, awat depa tak buat keja ke. Biaqpila sekata cikgu det gila jawatan , tp yang lain2 tu bukan nak tinggal macam tu je kut. Jumpa balik puak2 ni, rapat balik hubungan , kukuhkan ikatan persaudaraan, kuat parti, satukan perjuangan. Hidup umno...

    BalasPadam
  9. Gua cukup setuju sama lu anakpenakan paklong.

    Cantik. Itu Melayu sudah kurang. Ada masuk PIS dan masuk PKR. Melayu sudan pecah ikut parti.

    Gua cukup takut pasai Melayu dalam UMNO pun pecah. Ada team. Pikiaq apa macam mau kalahkan itu team. Lu ingat Melayu sudah kuatka.

    Lu tengoklah itu Pulau Pinang apa sudah jadi ?

    Jangan terus-terus buat macam itu.

    UMNO mesti ambik balik itu negeri Kedah dari PR. Tapi kalu UMNO pun mau lawan sama UMNO susahlah.

    Gua selalu doa UMNO terus kuat.

    BalasPadam
  10. Anakbuah Pahteh.

    setuju dengan anak penakan pak long dan sdr kembar pak teh.Bercantum balik tapi ada betoi juga yang pak long cakap dan ada yang tak berapa nk betoi tapi sipi-sipi.

    Masalah dia orang cikdet lbh kurang cikgu det juga la.petama yeh tarik keta,halim mat gemuk,halim bas semuanya nk tunjuk taring .contoh nya ada program raman buat muka pun tak nampak!

    BalasPadam
  11. pak lang nak kata macamni ja, umno ni ditubuh untuk memperjuangkan kepentingan orang melayu, macamana niat dan semangat pemimpin dahulu berjuang untuk kepentingan agama bangsa dan negara. Kalau kita paham prinsip perjuangan tu, maknanya ia bukan untuk kepentingan diri tapi keseluruhan bangsa melayu. Pemimpin dilantik untuk memimpin, maknanya semua orang melayu nak kena bantu , bukan nak bantu yg hak bayar yuran tu saja, yang bukan ahli umno pun kalau dia orang melayu , hendaklah mendapat hak yang sama. Tak timbui la , orang tu nak jaga orang ni atau orang ni nak jaga orang tu.

    Kepada pemimpin umno ( semua termasuk ) ahli jawatankuasa dianggap sebagai pemimpin, hendaklah tahu tugas dan tanggungjawab, ini satu amanah untuk bersatu, berkhidmat dan berbakti kepada semua orag melayu. Yang dah tak jadi pemimpin, dia kena ikut la pula. Yang mempimpin jangan lupa jasa dan budi yang telah diberikan. lagi satu yang kalah pertandingan pun kena ikut..

    maoh nu, paklang tak pandai cakap...

    BalasPadam

b