Khamis, 25 Februari 2010

TUKAQ EXCO dan MASALAH AYAQ


Masalah ayaq di Kedah meresahkan kepimpinan Kedah Sejahtera. Hampir dua bulan masalah ayaq ni berlarutan. masalah Bukan sekatat takdak, yang ada pun kotoq. La ni musim panas, yang dijangka berlarutan sampai bulan april. Rakyat dah mula gelisah, musim cuti dah dekat, ada yang nak buat kenduri dan macam-macam lagi. Semua tu memerlukan sumber air yang bersih. Kalau ayaq yang ada pun kotoq, macamana dengan kesihatan rakyat Kedah.


La ni kerajaan Kedah dok pikiaq nak rombak ke nak tukar exco, mungkin yang dok ada tak boleh buat keja. Dulu masa BN perintah semua kata yang tu , yang ni tak betui, la dah pegang tampok kerajaan baru nak susun jentera kerajaan .Dah dua tahun berkhidmat, nak tukaq pula exco , masalah ayaq macamana? Yang ada pun bukan koman, dr la ir tapi masalah rakyat lagi teruk.


Mungkin ini satu langkah yang dibuat bagi nak" jaga" hati rakan-rakan dalam pakatan, mana tau kut-kut ada yang menyebai. Apapun harap masalah ayaq ni kena selesai dulu, kesian kat orang.

pasai exco kita tunggu la tengok. unspinners




UKL telah menerima email dari seorang sahabatseperti berikut"

Saya dapat maklumat kata banyak kilang di hitech dah nak belah.Bila tak dak ayaq bukan saja kita ,kilang pun masalah.Cuba bayangkan kalau kilang tu ada 500 orang,400 kencing,100 berak,nak basuh tak dak ayaq,jem kilang tu. Pasai tu la waktu orang perentah jangan dok nampak salah orang saja ,bila hangpa perentah,ayaq pun tak boleh selesai.Hangpa tak pa la bolih buat keluaq fatwa jangan minum ayaq,kita kena terima dugaan tuhan.Kami orang UMNO tak dak ayaq tak leh duduk,tak mandi badan belengeh.Tak basuh berak pungkok belengeh.Hangpa boleh belajaq pakai kertas.Kemarin aku dengaq cerita lucu di Lunas. YB.Aishah nak bagi hemper kat orang cina di Lunas. Ramaila warga mas tunggu dekat tokong cina lunas. Dok sat depa wak maila hemper dengan van.Tapi depa guna van jenazah masjid punya.Orang cina takut dengan van mayat.Depa pantang kalau tengok van mayat.Apa lagi kalau bubuh hamper dalam van tu.Akibatnya depa lari,takut tengok hamper YB.Aishah.Punya la bodo puak-puak tu.Hari ni surat khabaq cina buat cerita lucu ini. Satu malaysia gelak dengan kebodohan Aishah.kalau nak bekawan dengan cina tu,belajaq la sikit pantang larang depa.!!!!!!!!!!!!!!!!!

4 ulasan:

  1. Betui ka Teh, cerita lawak hangpa ni ?

    Pasai apa nak bagi kat warga mas Cina saja.

    Ni dah tak adil. Warga mas India tak bagi sama ka?

    Warga mas Melayu tak pa la, depa boleh ikhtiaq sendiri. Lagi pun warga mas Melayu tak ada "nilai politik" bagi YB Aishah. Pasai PIS tak harapkan undi Melayu......

    YAB DS Menteri Besar Kedah harap-harap dapat kekalkan YB Aishah sebagai EXCO. Dia bolehlah tolong pelaku pampers.......tapi pasai apa dia tak buat di DUN Merbau Pulas, hai nak berubah angin pula kut.

    Bekalan ayaq di Kedah tak sudah-sudah. Zaman BN perintah aku pikiaq elok sikit. La ni nampaknya semakin teruk. Dan kalau dah ada YB bawa pampers nak bantu rakyat, alamatnya memang teruk la tu. Dulu tak penah jadi. Zaman BN, sebelum 2008 tiap-tiap pagi dan petang kita nampak lori JKR yang mai hantaq ayaq, kalau musim kemarau yang teruk. La giliaq YB hantaq pampers.

    Ooi jenuh beli la macam tu.

    Kan lebih baik kerajaan bagi peruntukan bagi orang kampung korek telaga.

    BalasPadam
  2. Lucu dengaq cerita teh. YB Aishah yang jaga Merbau Pulas pun nak jaga lunas. La ni YAB MB dok perhati semua exco-exco ni. Mungkin dia buat macam tu mudah dapat masuk surat khabar, sayang wartawan sinar tak tau cerita ni ataupun dia pi juga cuma tak keluar cerita, yang keluar surat khabar cina.

    YB aishah mmg kena banyak belajar kalau tidak tak lekat dah jadi exco. Masa tu baru tau, dok janji sana janji sini nak bantu rakyat. kereta kena bagi balik, tak da drebar bawa dia.

    Pasai DUN ni pun satu, mana YB yang dah kata sokong BN. Tak nampak muka pun.

    BalasPadam
  3. Bercakap soal tukaq exco ni,aku pikiaq tak boleh buat pa dah.Tukaq mcm manapun dok mcm tu juga.Cuma kebaikannya depa boleh pakat-pakat rasa.orang kata pakat boleh merasa jadi exco.Kalau di Sabah/Sarawak org kata pakat besa jadi menteri negeri.Dapat elaun lebih,dapat kereta ada lambang exc, dapat drebar .Yang dapat depa.Kita tak dapat apa.Memang yang tu puak-puak ni dok ligan pun.Mungkin Azizan dah nampak,kalau tak bagi lani akan datang memang takdak can dah. Dengan bermacam masalah yang dok mai,dan yang dok ada tak bolih nak selesai diapun nampak PRU 13 kena berambus dari kerusi MB.
    Tapi ini andaian aku saja, apapun umno kena bekerja kuat. Aku nampak sekarang ini orang melayu dah mula sedaq bahawa pas bukan sebuah parti yang lebih baik dari umno.Di mana-mana orang bercakap benda yang sama.Dulu ada seorang guru lulusan U tanya aku kenapa pegawai kerajaan tak sokong umno pada hal depa makan gaji dgn kerajaan umno,umno berjuang untuk membela nasib depa.Aku jawab bahawa pegawai kerajaan adalah manusia.Mereka mau yang terbaik untuk membela depa.Pas dengan imej pakaian yang nampak islamik,dengan serban dan janggut sejemput menampakan seperti kiai,muslimat bertudung labuh, bercakap seperti orang baik-baik,nampak ada kesungguhan untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik daripada yang dok ada. Ditambah pula dengan gambaran seolah-olah pemimpin umno yang dok ada cukup busuk,korupsi,kaki betina,parabih duit rakyat dan sebagainya, menyebabkan pegawai kerajaan sokong pas walaupun depa ada pelajaran.Sepatutnya depa kena buat kajian dulu benaq atau tidak dawaan itu.Perkara ini terjadi kerana budaya kita meletakan orang yang berimej agama itu ketahap yang tinggi.
    Bukan aku anti puak agama,tetapi jangan kita terlalu taksub sehingga tak boleh ambik masa sat untuk pikiaq betui ka tak apa yang depa kata ni.
    Lani rakyat dan pegawai kerajaan dah bagi can kat depa dan kita buat perbandingan.Depa pegang dekat 2 tahun.Rakyat dok tunggu mana janji pas dalam PRU12.Ibu tunggal menunggu pembelaan, golongan pegawai kerajaan yang pro islamik action dok tunggu ke arah negara islam macam mana yang pas nak bawa.Setelah depa faham bahawa itulah pas, parti yang penuh dengan retorik dan persepsi buruk yang depa kata kat umno dulu sebenaqnya pembohongan semata-mata,rakyat akan lari dari depa dan kembali kepada umno.Masalah Ayaq yang kecik pun pun tak boleh selesai macam mana nak bawa pelabur masuk ke Kedah.Adaka patut marah kat sungai, pasai sungai cangkat.PERCAYALAH RAKYAT SEDANG PERHATI DAN MENILAI MEREKA!!!!!!!!
    Untuk sahabat-sahabat umno, kita perlu berbangga menjadi ahli umno.Biaq apapun depa kata ,kita telah berjaya membawa negara dan bangsa kita ke satu tahap yang cukup membanggakan.Kalaulah dizaman penjajah dulu, kita berbangga dengan pejuang-pejuang melayu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk mengusir penjajah keluaq dari Tanah Melayu, kini tibalah masa kita berjuang walaupun tak la sampai nak menggadai nyawa untuk MEMPERTAHANKAN KERAJAAN MELAYU yang kini masih bernyawa tetapi tenat.Aku mengharapkan kita terus tingkatkan kerjabuat kita sehingga rakyat faham bahawa umnolah payung mereka.Kita memang juara.
    Kepada pegawai-pegawai kerajaan TOLONGLAH FAHAM BAHAWA PAS ITU ADALAH PARTI POLITIK,BUKAN AGAMA.PAS ADALAH CIPTAAN MANUSIA,ISLAM ADALAH CIPTAAN ALLAH.SOKONG PAS BELUM JAMIN SYURGA.ORANG PAS PUN BANYAK MAIN JUDI,MINUM ARAK,BERZINA,TIPU ORANG DAN MACAM-MACAM PERBUATAN YANG DITEGAH AGAMA.ADAKAH DEPA DIJAMIN SYURGA KERANA DEPA SOKONG PAS?,
    Aku nak minta tolong supaya mailah kita keluaqkan sedikit pemikiran yang ada untuk sama-sama membantu ke arah mempertahankan kerajaan melayu yang ada supaya anak cucu kita nikmati apa yang kita dapat hari ini. Wallahualam!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Nak tukaq xko, kah..kah.kah..kah...PIS mana ada wakil rakyat yang boleh buat kerja, tapi kalau ceramah kelentong tu bolehlah, ramai yang pandau kelentong. Depa Wakil Rakyat PIS tu tak di latih ataupun digalakan buat kerja, depa dilatih dan dipimpin berceramah. La ni pun ceramah depa masih dalam israma pembangkang walaupun dah perintah kedah, depa mamun kot, pasai tu depa buat kerja merapu, langgar kawasan orang. Ooooo, hangpa lupa kot, Aishah tu kan rumah lakinya dalam DUN Lunas, dia kena jaga kebajikan suku sakatnya dalam dun tulah....kalau tak nanti ada yang kata dia tak ambil peduli pulak. Masalah ayaq di kedah, bukan ayaq tak ada, tapi amalan penjimatan cara Islam PIS supaya tidak membazir, ini antara manifesto PIS semasa kempen PRU ke-12 lalu , kita jangan lupa. PIS mengajar rakyat kedah supaya tidak membazir...insya Allah PIS berjaya dalam misinya...umno jangan dok buat kalut sangat..jaga bas buruk hangpa tu....

    BalasPadam

b