Jumaat, 12 Mac 2010

KONTRAK SOSIAL




Kontrak sosial merupakan persetujuan atau kesepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Kontrak ini menjadi asas kepada rangka Perlembagaan Persekutuan 1957.


Kontrak ini terbentuk apabila berlaku tuntutan dan desakan kaum bukan Melayu terhadap hak dan kepentingan mereka di Tanah Melayu. Kesedaran untuk bebas daripada belenggu penjajah memberi jalan kepada pemimpin UMNO dan MCA mencapai kata sepakat menghasilkan suatu permaufakatan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.


Kesepakatan yang tertulis didalam kontrak sosial ini kemudiannya dipanjangkan di dalam memorandum kepada Suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.


KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL

*Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah Rizab Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan adat istiadat Melayu.


*Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua. Kaum Cina dan India boleh terus menggunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.
*Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantaran dalam pembelajaran

*Kedudukan Raja-Raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Dipertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-Raja Melayu dan akan menduduki takhta selama lima tahun.
*Raja-Raja akan menjadi Raja Berpelembagaan.


*Status kewarganegaraan diberikan kepada sesiapa sahaja yang lahir di PersekutuanTanah Melayu dan sudah bermastautin melebihi tempoh lima tahun.

1 ulasan:

  1. Kontrak sosial apa.hangpa pebetoi dulu umno padang serai.rahman kelahi halim bas tak selesai lagi.dalam jk bn pun rahman tendang dia dengan asri.kalau macam ini jangan harap la pru13 nak menang.umno padang serai mana buat program cuma tok tumpang agensi kerajaan sahaja,macam kemas,keda jkm.itu sahaja lah.kata nak buat perubahan.ajk pun berselerak antara satu dengan yang lain.mampuih laa

    BalasPadam

b